t>

Breaking News

Shahz Jaszle sokong Gambit Saifullah isu video klip



Kenapa anda sanggup terima tawaran berlakon dalam klip video tersebut?

Pertama kerana saya mengenali Gambit. Saya membantunya dengan menerima tawaran tersebut. Sebab kedua kerana Gambit memberitahu saya bahawa klip ini adalah untuk tujuan pasaran antarabangsa.
Saya beritahu dia, kalau pasaran kita memang tidak lepas klip sebegini. Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya muncul di pasaran antarabangsa.
Pendapat anda sendiri tentang klip video tersebut?
Sejujurnya saya belum melihat hasil akhir klip video tersebut. Tetapi saya rasa okey. Bab kualiti saya tidak mahu komen panjang. Tapi Gambit telah melakukan yang terbaik sebagai pengarah.
Saya cuma melakonkan watak yang dimahukan oleh Gambit. Dia mahu A, saya bagi A dengan komitmen seratus peratus.
Anda tidak terfikir tentang sensitiviti masyarakat kita?
Bagi saya, orang Malaysia memang susah terima perkara sebegini walaupun sebenarnya adegan begitu juga ada dalam filem mahupun drama lain.
Saya cuma menjalankan kerja saya dan bukan pandai-pandai saya. Saya ikut jalan cerita yang dimahukan sebagai seorang suami.
Tidakkah rasa dimurahkan dengan hasil kerja tersebut?
Tidak. Jalan ceritanya okey, mungkin kekurangan dari sudut seni, efek juga kurang.
Tidak rasa berlebihan?
Saya tidak rasa berlebihan.
Sejauh mana anda mengenali Gambit?
Saya sudah kenal dia beberapa tahun lepas. Kami malah main futsal sama-sama.
Bagaimana bekerja dengan Prema dalam adegan sebegitu?
Klip video ini baru sahaja dibuat bulan lepas. Saya pertama kali mengenali Prema sewaktu penggambaran klip video ini. Dia naif dan baik. Tidak daring seperti dalam klip video tersebut.
Anda tahu klip video ini dikutuk hebat oleh masyarakat?
Inilah mentaliti orang Malaysia. Saya memang dengar dan baca banyak kutukan orang. Tapi saya ingin bertanya kepada yang mengutuk itu, adakah mereka berani dan bersedia untuk membuat sesuatu seperti klip video tersebut?
Saya tidak kisah kalau diberi nasihat tetapi ada juga carutan yang ditulis di laman blog dan web. Pada saya, kalau mereka mencarut, di mana akhlak baik mereka sebenarnya. Akhlak mereka juga tidak betul, mahu betulkan orang lain.
Gambit melakukan tugasan dia sebagai sutradara dan kenapa orang lain yang sibuk-sibuk?
Neh satu lagi jawapan sengal dari artis neh. Aku rasa dia neh ex-maria farida. Kalau salah betulkan. Aku takmo ulas kesemua kenyataan dia. Aku cuma nak sentuh sket je. 
1. Dia pun sedar bahawa klip video neh memang sepatutnya tak lepas dalam pasaran malaysia. So dari awal2 lagi dia sedar bahawa klip neh lucah.
2. Dia mengaku prema yin daring dalam video klip terbabit. Bukan kita cakap. Ini pengakuan dia sebagai pelakon sendiri. So kalau dia sendiri dah pandang daring, apatah lagi kita yang taktahu apa2 neh. Itu pasal video klip neh dikecam. Tapi dia neh tak faham pula.

3. Tegur pula mentaliti kita. Adoii. Ini bukan soal mentaliti bhai. Ini soal kesusilaan. Faham lah sket sebelum main kondem je. Maki bloggers ko nampak, maki gambit ko tak nampak? Adil ke? 

4. Memang kena sibuk pasal benda neh jaja nama malaysian. Buruk seni ko, malaysia yang kena kutuk, bukan nya kau. Buruk cara ko kerja, islam yang kena keji, bukan ko. Faham?

Nota : sesi interview bersama shahz jaszle dipetik dari kosmo.


Sozcyili : Mangkok ayun.. gila seks.