t>

Breaking News

Betul ke social media dan internet ada ganguan mulai hari ini?

Merujuk kepada statement di atas, nik nazmi mengesahkan bahawa dia mendapat info bahawa akan ada ganguan mulai hari neh bagi mereka yang menggunakan social network iaitu twitter dan facebook. Tapi aku tak rasa maklumat neh tepat. Sebab, bukan hanya pembangkang je ada media social. Kerajaan pun ada juga. Pendek kata kedua2 pihak menggunakan media sosial sebaik2 mungkin untuk menyampaikan maklumat sesegera yang boleh. Jadi apakah relevantnya polis usik media sosial pula? 

Tetapi tidak menolak kemungkinan bahawa mereka boleh sekat akses beberapa individu tertentu yang telah disenarai hitamkan oleh skmm dan kerajaan sebagai orang yang anti kerajaan. Mungkin slowdownkan internet mereka sehingga lah 9 hb julai. Tetapi kalau nak buat macam tue mestilah berdasarkan ip address. Kalau dah bergerak sana sini ip address bukan tetap. Kalau guna streamyx pun sama gak kot. Tapi tatau lah kaedah neh wujud ke tidak. Aku main2 teka je Bukan arif bab it neh pun. Tapi andai benar cara neh boleh digunapakai memang tak mustahil kot polis plan benda neh. 

Tujuan mudah nak kekang maklumat. Tapi bukan melalui fb dan twitter je maklumat leh tersebar. Dalam blog yang paling ramai orang pakai sekarang. Tulis blog, automatik update dalam fb tanpa perlu login fb dan twitter. So maklumat tetap akan sampai gak. Mungkin tujuan polis berbuat demikian nak sekat orang luar tahu apa yang berlaku di malaysia tapi tak guna sekat fb dan twitter je. Blog dan website pun medium penyebar maklumat. Takan polis taktahu?

Tapi semalam polis ada keluarkan statement bahawa berita neh tak benar dan mereka akan tangkap sesiapa yang sebarkan info neh. Laa.. satu benda yang aku belajar dari polis malaysia neh ialah benda benar yang memburukkan kerajaan akan ditangkap, benda yang memuji kerajaan, tidak akan ditahan, benda fitnah yang menjejaskan pr tidak akan ditahan so kalau polis dah beria2 nak tahan orang, apakah terbukti berita neh memang benar?

Nota : TMnet telah keluarkan statement bahawa internet akan mengalami ganguan bermula semalam sehingga 15hb neh.

Sozcyili : jgn lupa cari petua masuk kl.

Tiada ulasan