t>

Breaking News

Perhimpunan BERSIH di stadium merdeka, bukan stadium shah alam. - Awas maklumat palsu

Menurut maklumat rakan bloggers dan pengirim email, petugas umno, bloggers umno dan cybertroopers umno di arah mengerahkan maklumat palsu bahawa perhimpunan bersih 2.0 akan diadakan di stadium shah alam dan bukan nya di stadium merdeka bagi mengelirukan orang ramai. Dan maklumat email yang aku dapat tadi  ialah ;

1. Sekumpulan individu akan menyamar sebagai aktivis bersih dan mengedar risalah bahawa perhimpunan berlaku di stadium shah alam dan bukan nya stadium merdeka.

2. Mereka akan edarkan risalah bermula hari neh [dan mungkin telah diedarkan kot]. Sapa dapat risalah tue sila lah tangkap gambar dan kirimkan kepada aku.

3. Pengirim email juga memberitahu bahawa cybertroopers umno telah dikerahkan untuk menyamar sebagai penyokong pakatan rakyat dan mengajak / memujuk ramai2 berpindah untuk berhimpun di stadium shah alam.

4. Mereka juga diminta agar membuat drama seperti "mereka ada adik yang sokong bersih, dan mereka tinggal jauh, mereka akan sokong asalkan dibuat di shah alam, tiada transport" dan etc.

5. Pengirim email tidak membenarkan aku copypaste ayat dia atas alasan dia takmahu orang2 "perasan" gaya penulisan dia seterusnya mendedahkan identiti dia.

6. Dia juga meminta aku deletekan email dia selepas aku baca. Dan melarang aku reply. [security betul] Atas dasar menghormati permintaan dia, aku dah berbuat demikian.

7. Aku suspect dia orang yang berkait rapat dengan unit media baru.

8. Walau apa pun aku ucapkan terima kasih di atas maklumat neh samada benar ataupun tidak benar. Biarlah pembaca tentukan dan siasat sendiri.

Dan jangan lupa ramai2 kita masuk kl dari setiap penjuru. Walaupun kita mungkin tak dapat masuk stadium, kita pastikan polis terkepung di laluan tengah2 iaitu jalan masuk ke stadium. Fikirlah satu titik besar di tengah2 untuk melawan banyak2 titik yang mengepungnya secara bulatan.. siapa terkepung? Sekian.

Nota :  Bermula esok sehingga 15hb akan berlaku ganguan internet

Sozcyili : perang saraf saat akhir lew tew..


Tiada ulasan