t>

Breaking News

Mahaguru pesilat Omardin terima anugerah khas dari Najib.

Masih kah anda ingat mahaguru pesilat yang telah membuat kenyataan kontroversi terhadap peserta himpunan bersih 2.0 sewaktu ketika dahulu? Lihat bawah untuk refreshkan ingatan masing-masing terlebih dahulu ;


Baiklah dalam satu majlis bersama najib semalam ;

1. Mahaguru Omardin telah menerima anugerah pendekar malaysia.

2. Anugerah ini ialah anugerah yang baru diwujudkan. Dan Omardin ialah penerima pertama anugerah ini di malaysia.

3. Omardin menerima selempang khas, sijil penghormatan, sepersalinan baju kebangsaan dan wang tunai yang berjumlah rm50,000.00.

4. Sumbangan itu disampaikan kepada Omardin atas jasa dia dalam seni mempertahankan diri.

Najib dalam satu majlis yang sama turut membuat kenyataan bahawa ;

"anak-anak lincah juga tidak diajar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, sebaliknya, mereka dididik dengan nilai kerohanian yang tinggi untuk membentuk keperibadian mulia"

Urm.. pelik juga aku bila tengok Omardin mendapat anugerah neh. Bulan lepas dia cakap nak perang, bulan neh dia terus dapat anugerah dan wang tunai. Hebatnya kata-kata dia. Hanya satu statement sudah dapat rm50k. Agak2nya duit sapa digunakan untuk bayar kepada Omardin tue? Halal ke haram? Atas airmata dan pengorbanan rakyat yang menuntut keadilan ke? Allah swt maha melihat. Sekian.

Sozcyili : Semakin kejam pemimpin, semakin besar Hidayah Allah swt buat kita, DIA mahu kita bangkit dan berubah. Pejuang terdahulu pun begitu, kini giliran kita.

Sambil topup sambil menang hadiah kat sini

Tiada ulasan