t>

Breaking News

Kami kumpulan murtad di malaysia - Teori konspirasi yahudi part 1



Pertama masing2 kena belajar untuk bersabar. Ini kerana kumpulan geng murtad neh sangat open dalam meluahkan perasaan mereka terhadap islam. Tanpa ada perasaan hormat. Ya memang ada yang mencerca islam + Nabi saw + Allah swt. Tetapi kumpulan neh berkemungkinan besar menyenangi DAP [maaf ye sebab bersikap jujur] berbanding PAS dan PKR jika berbicara soal pendirian partisan mereka.

Adakah DAP sebahagian daripada mereka ataupun tidak menyedari bahawa mereka diminati oleh geng2 murtad di malaysia neh? Belum boleh memberikan apa2 kesimpulan sehingga berlaku siasatan lanjut berhubung isu neh. Sekarang baca bawah dulu ;

Murtad di Malaysia

Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia. Kumpulan ini juga terbuka kepada perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org/. Penggunaan Internet di Malaysia kini sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat. Oleh itu, demi menjamin keselamatan rakyat-rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka yang murtad dari Islam tidak galakkan menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod negara seperti tertulis di kad pengenalan warganegara apabila ingin melibatkan diri dalam perbincangan murtad di kumpulan Facebook ini.

Walaubagaimanapun, semua dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain. Seseorang yang telah murtad dari Islam biasanya mengalami krisis peribadi yang merisaukan keselamatan and hubung-kait dengan keluarga dan umat Islam di sekelilingnya. Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam.

Di atas neh ialah permintaan dan harapan mereka. Lebih kurang macam rintihan orang yang murtad lah neh. Aku rasa geng2 murtad neh telah memahami islam secara salah berhubung isu yahudi dan sebagainya. Bagi pandangan aku kebanyakkan mereka yang murtad neh salah faham akibat daripada sikap orang islam itu sendiri yang tidak faham apa yang mereka bencikan pasal yahudi.

Yahudi ialah manusia biasa macam kita neh. Yahudi ialah bangsa. Di dalam islam kita tidak membenci bangsa. Mana2 bangsa. Ini termasuk yahudi. Yahudi juga ada yang beragama islam. Yahudi ialah ciptaan Allah swt. Allah swt tidak menciptakan manusia untuk saling membenci. Fahaman anti yahudism tidak dipupuk oleh umat islam. Jika dirujuk material sejarah mencatatkan bahawa yahudi lah yang memupuk fahaman anti muslim sehinggalah umat islam dan yahudi berbalah-balahan. Proses inilah yang mewujudkan situasi anti yahudism dan anti islam oleh mereka2 neh. Ini kajian dari segi sejarah. 

Yahudi dan yahudism wujud terlebih dahulu daripada islam.Ironinya sudah tentulah perkara yang baru, yang lebih baik dan lebih bagus akan dibenci oleh yang lama. Ini situasi normal. Normal bagi yahudi rasa cemburu kepada umat islam. Tetapi tidak normal kalau umat islam membalas semula rasa cemburu itu kerana umat islam mempunyai Alquran untuk membimbing akhlak dan akidah mereka.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada umat islam yang gemar salahkan yahudi dan freemason ada satu2 perkara yang belum pasti. Sikap ini harus dibuang. Sikit2 yahudi punya pasal. Sikit2 freemason punya pasal. Terdapat juga umat islam yang suka mengambar2kan persamaan sesuatu perkara dengan mengaitkan ianya dengan yahudi. 

Bagi mereka orang islam yang lain neh terlalu bodoh dan bangang. Seolah2 tiada kreativiti tersendiri. Bila kita buat satu2 perkara, tah macam mana mereka selok sana sini tiba2 je benda tue dah ada kaitan dengan yahudi. Tahu2 je kita dah jadi ejen yahudi dan menyebarkan faham zionist.

Maksudnya ;
Umat islam mengangap umat islam yang lain bodoh sehingga menyahudikan segala bagai kreativiti hasilan umat islam yang lain. Bila kita buat jual product, dikatanya itu ciri2 yahudi. Bila kita pakai fashion2 sket, dikatanya itu agenda yahudi masuk ke dalam jiwa umat islam. Aloo.. asal tutup aurat mengikut hukum, cukuplah. Kenapa perlu susah payah tarah otak dengan mengaitkan segala bagai kehidupan neh dengan yahudi? 

Hebat sangat ke yahudi neh? Besar sangat ke mereka? Helloo.. aku tahu islam benar. Aku tak faham kenapa perlu kita menyahudikan segala benda di dunia neh seolah2 benda yang wujud adalah hasil ciptaan mereka. Pakai gambar bintang pun, dikatakan yahudi. Hoii.. bintang tue Allah swt cipta bhai. Sapa2 pun berhak guna logo bintang. Bintang bukan milik mutlak hak 100% orang yahudi.

Zionist dan yahudi ialah dua perkara yang berbeza. Kalau dinilai dari segi sejarah agama pun yahudi neh wujud bukan untuk dibenci tetapi untuk di amal. Beberapa Nabi juga wujud dari kaum neh. Sebab itu jangan kita suka meniru sikap yahudi yang suka membuahkan teori konspirasi. Yahudi yang dimaksudkan disini ialah yahudi daripada keturunan bani israel. Yahudi itu sendiri wujud banyak suku kaum. Dan di antara mereka juga berpecah belah dan saling berantakan. 

Sebab itu kalau nak menyalahkan yahudi, haruslah menyalahkan mereka atas fakta yang benar. Lebih elok spesifikasikan ia sebagai bani israel zionist. Yahudi yang suka berdusta gemar mencipta pelbagai teori konspirasi bagi menakut2kan bangsa mereka agar membenci islam dan keturunan Nabi saw. 

Sebab itu sebagai umat islam, jangan kita meniru perangai. Jangan pongpang2 cakap owhh kasut neh ada lambang Allah swt. Kebetulan milik yahudi, mari kita benci. Owhh jangan begitu. Jangan beratkan minda kita untuk berfikir benda yang belum pasti sahih. Benda yang sudah pasti sahih kita kena banteras contohnya umat islam yang terpekik terlolong dalam mentor dan rancangan2 yang sama dengannya.

Lagi satu nak bagitau juga kepada geng2 murtad neh ;
1. orang islam = anuti islam = salah amalan = kesalahan individu bukan kesalahan islam. 

Bila wujud orang islam yang tidak mengamalkan ajaran islam dengan betul dalam masa yang sama claimed diri sendiri ialah orang islam maka sila lah salahkan orang islam terbabit kerana islam dan individu ialah dua perkara yang berbeza. <-- islam ialah satu cara hidup yang dianjurkan oleh Allah swt. Oleh itu bila ada manusia yang mengakui islam dan salah dalam berbuat keputusan itu masalah dia sendiri, bukan masalah yang wujud dalam islam.

2. orang buddha = anuti buddha = salah amalan = kesalahan individu bukan kesalahan agama.  <== situasi yang sama. Apabila orang buddha, hindu, kristian dan lain2 agama yang memesong dari amalan agama mereka, itu masalah individu. Bukan masalah agama. Jika mereka boleh berfikir begitu terhadap penganut lain, kenapa tidak memberikan persepsi yang sama terhadap ajaran islam?

Umat islam ialah manusia. Mereka bukan malaikat. Ada perkara salah yang mereka buat atas faktor mereka ialah manusia biasa sama macam korang. Tetapi tiada sebab kenapa islam perlu dipersalahkan akibat kelemahan umat islam itu sendiri. Dan sila belajar untuk terima pendapat bukan spin + hide + run.

Nota : Ulasan part 1 isu yahudi neh actually untuk geng2 murtad. Link group murtad neh bakal menyakitkan ahti penganut islam. Esok aku akan bagi. Di harap korang boleh pupuk perasaan sabar terlebih dahulu. Thanks.

Nota : Catatan sejarah melalui karya yahudi mengambarkan bahawa hampir kebanyakkan Nabi dan para rasul berasal dari keturunan mereka bagi mengambarkan bahawa bangsa mereka ialah bangsa yang terpilih oleh Allah swt untuk lead dunia neh. Tetapi semua catatan lama itu bercanggahan dengan firman Allah swt menerusi Alquran.

Sozcyili : Murtad wujud di mana2, tapi apa sebab Allah swt yang ko maki weh sang murtad?

Tiada ulasan