t>

Breaking News

SPRM : Tiada Rasuah di kelantan.


Kenyataan ini bukan kenyataan yang dibuat-buat. Ianya terbit hasil dari pengakuan pegawai SPRM sendiri. Mereka menjelaskan bahawa setelah siasatan terperinci dibuat terhadap isu bazaar tuk guru hasil siasatan pegawai SPRM mendapati memang tiada wujud unsur2 rasuah dan penyelewengan berkenaan hal itu.

Sebelum neh isu yang mengaitkan tuk guru dengan rasuah haji dan kontroversi menantu tuk guru yang dikatakan terbabit dalam isu penyelewengan PMBK. Namun setelah siasatan oleh SPRM [termasuk SPRM pusat] mendapati bahawa kedua2 mereka bebas dari unsur2 rasuah. Meskipun nama menantu nik aziz belum di clearkan secara terperinci lagi tetapi siasatan yang lambat menjelaskan sangkaan neh.

Bukan nya kita nak kata tuk guru maksum dan sebagainya. Malahan kita galakkan SPRM siasat andai benar berlaku penyelewengan oleh tuk guru walaupun rata2 di antara kita memang ramai yang tak percaya isu terbabit. Begitu juga dengan isu ladang rakyat. Andai terbukti pas salah dan menyeleweng, laporkan sahaja. Biar SPRM siasat sampai ke akar umbi.

Ramai orang tidak menyedari bahawa PAS adalah satu2 nya parti yang paling sukar dikaitkan dengan rasuah kerana rata2nya ahli mereka memang bersih. Walaupun pas tidak berapa maju dalam sektor membangunkan negara [mungkin atas beberapa faktor] tetapi pas memang dilihat oleh rakyat malaysia sebagai parti yang paling bersih dan bebas dari amalan rasuah.

Cubaan memalitkan imej rasuah kepada PAS oleh pihak tertentu tidak akan berhasil selagi PAS anti rasuah. Boleh jadi parti tertentu geram kerana imej parti mereka dengan rasuah bagai aur dengan tebing. Itu bukan salah PAS. Parti tersebut sepatutnya tidak perlu membuatkan seolah2 PAS membabitkan diri dalam rasuah untuk menampakkan parti tersebut lebih baik dari PAS. Mereka hanya perlu perangi rasuah sesama mereka dari dalam.

Apa kata pihak tersebut cari alternatif lagi pula?? Di cadangkan agar menentang dan berhujah dengan pas atas isu2 rakyat dan ekonomi serta masalah akidah umat islam untuk kebaikan bersama. Fitnah tidak perlu wujud dalam politik di negara kita.



Sozcyili : Tak perlu fitnah2 semua ni..

Tiada ulasan