Kemuka bukti kepada SPR - NAZRI
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Mana-mana pihak termasuk pembangkang sepatutnya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keraguan membabitkan daftar pemilih untuk disiasat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia termasuk dakwaan kononnya penduduk tetap (PR) yang tidak layak mengundi turut berada dalam senarai pengundi SPR yang sah.
"Saya tidak jangka perkara itu boleh berlaku (PR dalam senarai pengundi). Sebab untuk mendaftar jadi pengundi, seseorang itu perlu mempunyai kad pengenalan biru.
"Jadi saya tidak tahu bagaimana orang yang tidak ada kad pengenalan biru ini boleh menjadi pengundi (seperti yang didakwa pembangkang)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini. -Utusan-
Dah berlaku dah pun. Lambat juga nazri neh dapat info ye. Salah satu bukti untuk nazri dan spr. Tengoklah bawah neh sendiri ;
Lain2 bukti boleh je lihat kat sini
Takde masa nak menipu benda macam neh. Hope SPR dan Nazri Aziz alert lah pasal neh.
Sozcyili : Komputer nazri guna dolu2 punya kot..
Tiada ulasan
Catat Ulasan