Gambar peluk artis di bulan ramadhan.
Baru2 neh kita tengok ada beberapa station tv dan iklan2 yang menyeru kepada umat islam agar menghormati bulan ramadhan. Which is satu perkembangan yang bagus aku rasa. Tapi kenapa ya gambar2 macam neh perlu keluar pada bulan ramadhan? Lihat di bawah neh ;
Pertamanya aku tak pernah beli ataupun sentuh majalah neh. Gambar neh aku lihat dalam facebook dan tertarik nak komen sepatah dua. Aku sejujurnya tidak senang melihat cover majalah neh. Tak silap aku neh keluaran terbaru majalah neh. Boleh lihat tarikh di atas.
Adakah pemilik majalah GLAM neh ialah orang bukan islam?
Adakah artis2 neh sedar bahawa bulan ogos = bulan ramadhan?
Adakah team majalah neh dan jurugambar sedar bahawa bulan ogos = bulan ramadhan?
Dorang takde kalendar ke? Bukanlah hari neh puasa, esok baru kita tahu kan. Biasanya majalah melayu diterbitkan oleh orang melayu. Sudah tiba masa nya tv3 terbitkan iklan untuk nasihati mereka2 neh. Jika orang bukan islam seperti iklan 8tv pun boleh amek inisiatif untuk menasihatkan orang2 bukan islam + islam agar menghormati bulan ramadhan meskipun dikecam teruk, apakah tv3 tidak boleh amek inisiatif yang sama?
Bukan lah aku kata perlakuan neh halal di bulan lain berbanding bulan ramadhan. Jangan salah faham. Perlakuan neh haram tetap haram di bulan apa pun bagi umat islam. Cumanya tak salah kalau dakwah dilakukan secara berdikit dengan mengajar artis dan penerbitan majalah melayu [khususnya orang islam] agar menyesuaikan tema majalah dengan bulan ramadhan.
Kalau bukan kita yang nak dakwah artis dan tarbiah umat islam, siapa lagi? Tak malu ke iklan 8tv setepek kena perli kat umat islam sendiri? Ace.. kalau dah malu, tak reti2 lagi nak selamatkan penganut islam daripada zaman kegelapan ka?
Sozcyili : Majalah melayu neh pun tak hormat ramadhan..
1 ulasan
Islam ikut cara umno la tu
Catat Ulasan