The STAR Promote daging babi di bulan ramadhan.
Cuba tengok paparan surat khabar di bawah neh ;
Paparan di atas di petik daripada suratkhabar the star. Paparan di atas neh diperolehi daripada blog neh. Blog neh menyindir the star yang mempromosikan hidangan babi pada bulan ramadhan sedangkan bukan kah sepatutnya orang bukan islam sangat prihatin dan memahami bahawa orang islam berpuasa pada bulan ramadhan? [Untuk rekod : Iklan neh disiarkan dalam sisipan juadah berbuka puasa yang mana target pembaca nya untuk orang yang berpuasa iaitu umat islam]
Blog neh mempersoalkan betapa sensitifnya iklan ramadhan yang disiarkan oleh 8tv konon nya orang bukan islam sepatutnya sensitif dan memahami orang islam yang berpuasa pada bulan neh tetapi apakah paparan di atas menghormati pembaca orang islam yang berpuasa pada bulan ramadhan neh?
Ini lah serba sedikit huraian ringkas yang dimaksudkan oleh penulis blog dalam bentuk sindiran tajam. Bagi aku pula, urmm.. iklan pasal babi neh ada di mana2. Asal keluar rumah je kalau takde babi macam tak sah pula. Iklan banner babi ka, iklan banner arak ka dah jadi macam kewajipan pula di malaysia neh.
Sejujurnya aku sendiri taktau nak merasa marah ataupun terima sahaja keadaan neh. Bagi aku mungkin kita patut berbincang sesama kita untuk mencari kesepakatan dalam isu neh bagi kebaikan bersama instead of bertelagah. Apa kata anda?
Sozcyili : Macam mana pula dengan lembu? India tak boleh makan lembu kan? Rasanya bab makanan neh masing2 ada sensitiviti masing2..
Tiada ulasan
Catat Ulasan