Siar Gambar Babi, KP The Star Dipanggil KDN
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya.Beliau berkata, akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. – BERNAMA
Okey, kalau begini memang tak salah lah kenapa orang complaint. Memandangkan artikel awal tentang isu neh yang aku tulis disini memetik sumber blogger pro umno, maka aku agar berhati2 dalam menulis sebab tidak tahu apakah benar bahawa memang ya ataupun tidak apa yang dia khabarkan tue.
Almaklumlah, boleh jadi juga dalam suratkhabar yang sama, berbeza sisipan, ada kemungkinan juga. Tapi kalau betul lah sisipan tambahan ramadhan buffet neh mempromosikan hidangan babi sebahagian daripada makanan juadah berbuka puasa untuk umat islam, adalah amat tidak patut.
sumber dari sini
Tiada ulasan
Catat Ulasan