t>

Breaking News

Isu murtad: Perkasa anggap Khalid pemimpin ‘buta hati’


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang pemimpin yang ‘buta hati’ jika beliau menganggap gerakan yang diterajui golongan bukan Islam bagi memurtadkan orang Islam di Selangor, bukan ancaman kepada akidah muslim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cubaan serta gerakan oleh pihak gereja bagi memurtadkan 12 individu muslim seperti yang dilaporkan baru-baru ini adalah jelas satu ancaman kerana bertentangan perlembagaan.

Katanya, dalam soal akidah, Abdul Khalid walaupun seorang liberal perlu tahu di mana batas politik kerana Islam agama rasmi di negara ini dan sebagai Menteri Besar, wajib ke atas beliau yang diamanah menjadi pemimpin mempertahankan Islam lebih daripada segala-galanya.

“Inilah kenyataan yang saya anggap paling kurang cerdik dikeluarkan oleh seorang Menteri Besar Melayu. 

Di Selangor ini macam-macam gerakan bukan Islam bagi memurtadkan orang Islam tetapi beliau menganggap ia bukan ancaman, apakah hati beliau sudah buta?.

“Keadilan dan kesederhanaan dalam Islam bukan bererti kita boleh membiarkan sahaja gerakan murtad. Malah lebih teruk kita yang diamanahkan untuk membela agama ini pergi memohon maaf kepada pihak gereja tanpa usul periksa dan kemudian menyalahkan pula jabatan agama.

“Jadi saya rasa lebih baik Abdul Khalid berdiam diri sahaja sebab setiap kali buka mulut pasti banyak kenyataan tidak cerdik dibuatnya. Sebab orang seperti Abdul Khalid inilah, Islam semakin terancam dan diancam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semasa diwawancara oleh sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu, bahawa berlaku banyak salah faham di kalangan umat Islam terhadap penganut bukan Islam, sehingga ramai muslim menganggap bukan Islam sebagai ancaman.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, golongan bukan Islam semakin berani bertindak membelakangi Perlembagaan Persekutuan kerana PKR dan Pas yang berjaya memerintah beberapa negeri selepas 2008, memberi ruang yang berlebihan kepada mereka.

“Semua ini demi kepentingan politik. Pas dan PKR sanggup memejam mata dan menghalalkan segala tindak-tanduk gerakan bukan Islam demi memastikan undi bukan Melayu berpihak kepada mereka. Malah, pihak yang mempertahan akidah Islam pula dikritik oleh Pas dan PKR,” katanya. -utusan online-

Betul ke MB Selangor cakap macam tue? Siapa ada bukti dan link? Boleh bagi tak? Kalau betul memang teruk arh MB Selangor neh.. 

Sozcyili : Bila islam jadi taruhan