t>

Breaking News

Rosmah Mansur di lokasi pembunuhan Altantuya tidak masuk akal - Diplomat asing

Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada lokasi pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu "tidak masuk akal", menurut seorang diplomat Amerika Syarikat dalam sebuah kabel rahsia yang dihantar ke Washington DC tiga tahun lalu.

Kabel diplomatik itu dihantar oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dua minggu selepas penulis blog kontroversial Raja Petra Kamarudin membuat pengakuan bersumpah bahawa Rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan itu pada 2006 Oktober.

najib razak and rosmah mansor 1Walaupun tuduhan terhadap Rosmah itu dikatakan "tidak masuk akal", kabel itu berkata ia bersetuju dengan pandangan sebahagian besar rakyat negara ini yang tidak mempunyai keyakinan terhadap integriti penyiasatan pembunuhan Altantuya.

Katanya, tumpuan awam yang berterusan terhadap kes berkenaan juga boleh menjejaskan peluang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin baru negara. -MKINI-




Di cadangkan siasat kes pembunuhan neh secara serius. Rakyat bukan menuduh najib dan rosmah terbabit  dalam pembunuhan neh tetapi mungkin penglibatan razak baginda yang juga pegawai najib pada ketika itu mungkin cuba ditutup jejaknya. Boleh jadi macam2. Sebab tue kes neh kena telus. Kalau kes neh di siasat dengan telus, semua sangkaan buruk dan negatif akan lenyap.

Sozcyili : Aku pun tak percaya rosmah mansur panjat bukit tengah2 malam.. nampak sangat tipunyer..