t>

Breaking News

Susu segar 1Malaysia ada bakteria E-Coli.



Aduhai.

Habis seme product kerajaan letak jenama 1Malaysia. Bila product bermasalah satu malaysia gak dapat nama buruk. Inilah bahananya bila kerajaan memilih mencedok / mengambil barangan yang dikeluarkan oleh orang lain / syarikat lain dan membungkus semula dengan menggunakan jenama sendiri.

Bila masalah timbul, orang akan melihat pada jenama product. Sebab itu perkara yang paling senang untuk dilihat. Siapa pula nak fikir pasal pengeluar product? Apatah lagi nak fikir detail2, owhhh neh pembungkusan semula, bukan kerajaan yang keluarkan product neh tapi syarikat lain, kerajaan cuma bungkus semula sebab nak promote kempen najib satu malaysia tue. So marilah kita ramai2 cari pengeluar product sebenar. 

Ceh. Buang masa. Itu pasal kerajaan patut dari awal jangan buat kerja bodoh macam neh. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk promote kempen sendiri. Sekarang neh susu beracun boleh berada di mana2 sahaja. Di kedai rakyat rakyat 1malaysia mungkin ia dijenamakan dengan susu segar 1malaysia [or lebih tepat susu beracun 1malaysia], di kedai lain mungkin lain pula jenama yang dia gunakan. 

Pembongkaran susu jenama 1malaysia neh beracun dibuktikan dengan kajian makmal. Bukan main sebarang cakap. Oleh itu kita minta kerajaan jangan alpa. Jangan nak nafi aje. Kita tahu larh kerajaan pun nak lindungi kroni2 depa tapi biarlah betul2. Janganlah sampai product beracun pun nak bekap gak. Agak2lah nak membuli rakyat pun. Neh soal nyawa. Bukan boleh dibuat main2. Jangan sampai ada yang mati sudah. Kang deman tunisia mari sini jangan menyesal pula masa tue ek. 

Baca bawah neh ;
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Coli.

Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.

Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.

"Jika Kementerian (Kesihatan) minta laporan makmal tersebut, kita akan berikan kepada mereka, tetapi kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kerana lesen mereka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan."

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Semalam. Pua dan Nurul Izzah, mendakwa kerajaan telah terlalu membesar-besarkan potensi penjimatan melalui pembelian produk KR1M. -mk

 Sozcyili : Susu kotak pun ada racun..