t>

Breaking News

Gereja England sokong syariah.

Paderi anggap undang-undang Islam beri kebaikan.

LONDON: Ketua Paderi Canterbury, Rowan Williams, menyatakan sokongan terhadap usaha memperkenalkan undang-undang syariah di Britain dan menegaskan pelaksanaan beberapa aspek daripada sistem perundangan Islam adalah sesuatu yang wajar dilakukan.

Tokoh paling kanan Gereja England itu berkata, langkah memberi status rasmi kepada undang-undang Islam akan membantu meningkatkan perpaduan dikalangan masyarakat kerana sebilangan penduduk Islam tidak memahami sistem perundangan Britain.

"Dengan memperkenalkan undang-undang syariah, umat Islam di negara ini tidak lagi perlu memilih satu daripada dua sistem," katanya ketika memberi ceramah mengenai undang-undang sivil dan agama di dewan Mahkamah Keadilan Diraja yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Beliau berkata, jika Britain mahu mewujudkan hubungan yang baik berasaskan sikap saling memahami dikalangan rakyatnya yang mempunyai pelbagai kepercayaan, langkah memperkenalkan undang-undang syariah memang tidak dapat dielakkan.

Sebelum itu dalam satu temuramah dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC), William bertegas mengenai hakikat bahawa undang-undang syariah sudah diamalkan di Britain,

"Dalam beberapa keadaan yang wujud di negara ini, kita melihat undang-undang agama diiktiraf dalam sistem perundangan negeri. Memang wujud ruang untuk melaksanakan beberapa aspek dalam perundangan Islam, sama seperti yang dilakukan dalam undang-undang agama lain," katanya.

Ucapan beliau turut mendapat sokongan beberapa kumpulan Islam, antaranya termasuk Yayasan Ramadan, sebuah pertubuhan pendudukan dan kebajikan, yang menyifatkan pandangan beliau sebagai 'usaha untuk memahami Islam dan meningkatkan toleransi serta hormat terhadap kepercayaan kami'.

Petikan Buku:
Tuntutan Umat & Tanggungjawab Pemimpin Islam m/s 106
-Tuan Guru Nik Aziz

Ini satu keterbukaan yang baik dan patut dipuji yang ditonjolkan oleh penganut kristian. Syabas di ucapkan kerana bertolenrasi. Semangat ini lah yang perlu ditiru oleh rakyat malaysia. Islam itu indah. Ia sebenarnya agama yang berkasih sayang. Oleh itu kita minta agar jangan lagi ada pihak2 yang cuba menyemai bibit2 kebencian sesama kita.

Baik kristian mahupun umat islam, ruang untuk berkerjasama dan tolenrasi itu akan sentiasa ada asalkan kita bersama2 berlapang dada berusaha ke arahnya. Insya-Allah. 

Sozcyili : Syariah sudah.. hudud bila lagi?