t>

Breaking News

Senarai buku yang diharamkan oleh JAKIM - Majalah MANGGA halal rupanya.

  • 1000 Hikmat (Ali Zulfakar)
  • Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur)
  • 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie
  • Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz
  • Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan)
  • 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA)
  • Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani)
  • Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy)
  • Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid)
  • Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur).
  • Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook)
  • The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton)
  • Sabda Rasullah S.A.W:  Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan)
  • Nomad, From Islam to America: A Personal Journey Through the Clash of Civilizations (Ayaan Hirsi Ali).
  • Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going
Pihak JAKIM baru-baru neh telah membuat keputusan mengharamkan beberapa buah buku [lihat senarai penuh di atas] atas beberapa sebab yang tidak dinyatakan dengan jelas. Sebenarnya tidak salah pun JAKIM mengharamkan penjualan dan pembelian buku2 di atas neh tetapi kena bagitau sebab yang jelas. Kalau tidak, dengan mudah ia akan disalah sangka oleh mereka bahawa jakim bertindak atas kepentingan tertentu.

Kalau diperhatikan sekarang neh filem2 yang mengarut banyak je lepas tanpa apa2 sekatan tapi buku2 yang berunsur dakwah pula disekat dan diharamkan. Apa motifnya disini? Adakah buku2 neh buku2 yang boleh menyesatkan akidah umat islam? Buku2 yang akan merosakkan iman orang islam? Bila tiada sebab yang jelas, orang akan dengan mudah meragui jakim.

Hanya pengharamkan buku LKY [Lew Kuan Yew] sahaja dijelaskan secara terperinci oleh jakim. Buku itu bermotifkan politik tapi ia diharamkan sebab LKY memberikan pandangan nya bahawa umat islam singapore tidak sepatutnya mengamalkan ajaran islam yang ketat supaya senang membangunkan singapore.


Tapi itu pun pelik juga. Yang memberikan pandangan ialah orang bukan islam. Itupun dianggap biasa sebab dia tak faham islam. Tapi bab penerbitan majalah lucah malaysia iaitu mangga, yang mana diterbitkan oleh orang islam dan dijual kepada orang islam pula sampai sekarang tidak diharamkan. Nak kata jakim tatau, lagi pelik. Isu neh ramai orang pernah complaint. Jakim sepatutnya dah dah faham dan tahu. Nak kata bukan bidang kuasa dia? Aik.. buku2 di atas neh boleh pula dihalang dan diharamkan tapi kenapa bukan MANGGA? Kenapa?

Janganlah jakim, jangan. Janganlah buat pengharaman terpilih sebegini. Aku bukan ada niat nak pertikaian keputusan jakim. Aku hormat. Jakim mungkin ada sebab tertentu. Tapi jangan bias. Mangga dan geng2 mereka pun kena diharamkan. Adakah kerana mangga itu terbitan utusan = milik umno maka ia jadi halal pula? Ini bukan isu politik dan sebagainya. Ini isu keadilan. Kenapa buku2 di atas neh haram tapi bukan MANGGA? Kenapa?

Updated : Buku faisal tehrani dengar khabarnya tidak jadi diban / mungkin salah letak. Apa pun rujuk sini terlebih dahulu. 

Sozcyili : Haram halal sebab politik bukan sebab ikut hukum rupanya.