t>

Breaking News

Hukum menyertai sejuta money drop.


Aku memang suka tengok game show neh. Boleh dikatakan kalau ada jek masa terluang di hujung minggu memang layan game show neh. Ada juga cita2 nak menyertai game show neh. Malam tadi ketika sedang tengok game show neh tiba2 ada member cakap game show neh menjurus kepada perjudian. Ini boleh jatuh hukum haram.

Tersentak gak dengar dia cakap macam tue. Betul ke game show neh haram? Kalau haram kenapa? Kalau dilihat jawapan di atas neh memang betul lah game show menjurus kepada perkara2 yang syubhah dan melibatkan unsur2 perjudian untung rugi nasib. Muslim sudah tentu faham bahawa perjudian itu hukum nya haram. 

Apa yang berlaku di money drop ialah ;

1. Sejuta wang diberikan kepada anda. <-- ia diberikan oleh astro kepada anda.

2. Sejuta wang tersebut kemudian nya dipaksa untuk melabur <-- selepas diberikan kepada anda, anda dipaksa pula untuk membuat pelaburan. Bukan boleh amek dan belah terus. Dia pula tetapkan syarat walaupun dia cakap itu duit kita.

3. Setiap kali anda buat pilihan jawapan [untung nasib] jika bernasib baik anda dapat duit, jika tidak bernasib baik [salah pilih jawapan] anda kerugian wang. <-- melibatkan untung nasib untung rugi yang biasa ada dalam setiap permainan judi.

Jadi disini mereka2 terlibat dalam game show neh sebenarnya dah terlibat dengan unsur2 perjudian yang jelas. Tapi mungkin ramai yang tidak sedar hal tersebut. Aku sendiri pun baru tahu. Pihak astro sebenarnya telah gunakan ayat2 yang manis untuk tutup perkara neh.

Contohnya mereka gunakan " ayat melaburkan wang setiap kali membuat pilihan jawapan". Kenapa dia tak guna istilah"anda perlu memperjudikan wang tersebut kepada beberapa pilihan jawapan yang ada"? Sebab dia nak tutup kegiatan tersebut. Dia nak samar2kan kita. Dan memang terbukti ramai orang yang samar2 dalam isu neh sampai terjebak. Jangan kita salahkan mereka yang tidak tahu sehingga terjebak.

Apatah lagi gameshow neh dipromote secara meluas tanpa ada apa2 bantahan pun. Aku pun tak faham kenapa astro boleh bebas sebebasnya menerbitkan rancangan2 seperti neh tanpa dipantau. Memang betul astro diberikan hak sepenuhnya oleh kerajaan untuk menapis rancangannya sendiri. Tapi takanlah kerajaan bagi hak esklusif untuk astro terbitkan apa sahaja termasuk rancangan perjudian online pula? 

Kita tidak mahu astro dibiarkan berleluasa mempromote sesuatu seperti neh sebab tv bukan alat untuk menghalalkan apa yang jelas haram. Walaupun selama neh memang kita sedar memang itulah peranan yang tv-tv di malaysia neh buat "atas nama hiburan" meskipun owner tv tue ramai jek yang beragama islam.

Lagi satu, kat atas neh jawapan bagi mereka2 yang terlibat dalam permainan neh secara langsung. Bagaimana pula dengan mereka2 yang indirectly terlibat pula? Contohnya macam menonton dan menyertai sejuta money drop online? Haram juga ke apa? Harap ada jawapan yang jelas berhubung perkara tersebut. 

Apa pun kita minta kerajaan tolong amek tindakan yang tegas. Kita mahukan menteri agama kita bertegas dalam isu neh. Kita berharap menteri agama boleh berbuat sesuatu dalam isu neh supaya menghalang lebih ramai lagi orang islam daripada terjebak. 

Sozcyili : Dah terminat pula rancangan neh.. adehh..