t>

Breaking News

Anwar dan Pongal: Penjelasan Dr. Mohd Nor Manuty

Tertarik dengan satu penulisan mengenai anwar ibrahim dan isu dia dipakaikan tanda dahi. Oleh kerana penulisan nya sangat baik dan bukan bersifat kutukan, cacian serta hinaan ada baiknya kalau kita mempertimbangkan hujah2 dia dalam isu neh ;

Dalam kiriman sebelum ini, saya memberi tajuk dalam bentuk soalan “Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?” (baca)dan saya sebut di akhir tulisan itu dengan mengatakan bahawa “Dalam hal ini, hanya Anwar dan Dr. Mohd Nor sendiri sahaja yang dapat memberi penjelasannya.”
Seorang rakan wartawan telah cuba mendapat penjelasan dari kedua-dua mereka tetapi gagal. Dan ada seorang sahabat meminta saya sendiri yang bertanya Ustaz Mohd Nor Manuty. Dan selepas percubaan kedua – Ustaz Mohd Nor telefon saya kembali.
Tanpa membuang masa saya terus bertanya:
Saya nak tanya apa yang orang ramai sebut pasal Anwar dan Pongal, betul ke Ustaz?
Seterusnya Ustaz memberi penjelasannya dan saya hanya mendengar sepanjang tempoh perbualan sambil mencatit. Antara yang beliau sebut:
1. Pongal itu maknanya masak pulut … beras dengan minyak sapi dengan susu sebagai tanda … apa namanya … pesta berterima kasih kerana ada hasil tanaman padi, macam orang di Sabahlah.
2. Jadi Pongal ni, saya pun dah cek dengan kawan-kawan saya di Malaysia, Singapore dan UIA, Pongal ini memang budaya. Ada orang Islam di India pun ada yang buat.
3. Tetapi dalam majlis itu, apa yang berlaku, Anwar tanpa … ah … bukan dengan kehendak dia memang dibubuh “tandak”.
4. “Tandak” itu kita cek dengan kawan-kawan Indian Muslim dia bukannya ada konotasi agama tetapi dia melambangkan imej keluarga orang kaya … mengikut colour dia.
Walaupun sebelum menulis kiriman asal saya telah terlebih dahulu memeriksa fakta dan mengkaji serba sedikit berhubung pesta Pongal ini.
Dan sebab itu saya berani menulis apa yang telah saya tulis dengan mempersoalkan apa itu manifestasi Anwar dengan fahaman Pluralisme Agamanya?
Saya perturunkan di bawah ini maklumat yang saya perolehi berhubung Pongal yang secara tidak langsung semacam tidak secucuk dengan justifikasi Ustaz Mohd Nor berhubung pesta Pongal.
Ini dari wikipedia:
Pongal (Tamil: à®ªொà®™்கல்,Telugu: à°ªొంà°—à°²ి) is a popular rice dish based in South India. Pongal is unique to Tamil cuisine 
Maka benarlah sebahagian yang disebut oleh Ustaz Mohd Nor berhubung makanan itu. Cuma, tetapi ianya juga suatu bahan untuk pujaan:
Traditionally ancient Tamil people cook pongal before pooja and offer it to the deities.
Maka, apa yang yang disebut sebagai tujuan pesta (Pongal) untuk ucap terima kasih itu, “macam orang di Sabahlah” itu – masih berkaitan terima kasih kepada “dewa matahari” dalam kepercayaan Hindu.
Ada orang kata tidak “standard” kalau setakat guna wikipedia.
Baik, cuba rujuk laman “rasmi” (?) Pongal itu, http://www.pongalfestival.org/.
Klik untuk baca dengan lebih jelas
1. Pongal is the only festival of Hindu that follows a solar calendar and is celebrated on the fourteenth of January every year. Pongal has astronomical significance: it marks the beginning of Uttarayana, the Sun’s movement northward for a six month period.
2. In Hinduism, Uttarayana is considered auspicious, as opposed to Dakshinaayana, or the southern movement of the sun.
3. In Hindu temples bells, drums, clarinets and conch shells herald the joyous occasion of Pongal.
4. Some of the rituals performed in the temple include the preparation of rice, the chanting of prayers and the offering of vegetables, sugar cane and spices to the gods. Devotees then consume the offerings to exonerate themselves of past sins.
5. Pongal is also celebrated as a thanksgiving festival for various Hindu deities. The festivities begin with `Bhogi’ and the first day is considered to be a prelude to the celebrations that follow. `Bhogi’ is observed as a thanksgiving occasion to Lord `Indra’, the God of Heavens. The next day is the `Pongal’ day, which is celebrated to pay respects to `Surya’, the Sun God.
Apabila kita menjustifikasikannya dengan menyamai pesta ini macam di “Sabahlah” (Pesta Kaamatan?), apakah bermakna pesta di Sabah itu suatu yang cucuk dengan aqidah Islamiyyah? Sefaham saya Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) adalah juga suatu perayaan berterima kasih kepada “semangat padi” dan jika diselidiki lebih mendalam, perayaan itu turut juga sebagai penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun kepada Penciptanya (Kinoingan) yang mengorbankan anaknya Huminodun (yang mana mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama “Bambazon”).
Apakah ini juga hampir serupa dengan yang pernah dirayakan masyarakat Melayu Semenanjung suatu masa dahulu dengan mengadakan “main pantai” sebagai tanda kesyukuran semangat padi kerana hasilnya. Pesta yang pernah dirayakan oleh kaum petani di Terengganu 50 tahun dulu telah pun diharamkan kini.
Kemudian, kita beralih kepada isu meletak “tandak” di dahi Anwar. [Pelbagai istilah digunakan untuk tanda tersebut - antaranya ada yang menyebut ianya tilak, kumkum dan sebagainya]
Ini definisi yang saya petik dari Encyclopedia Britannica:
tilak, Sanskrit tilaka (“mark”),  in Hinduism, a mark, generally made on the forehead, indicating a person’s sectarian affiliation. The marks are made by hand or with a metal stamp, using ash from a sacrificial fire, sandalwood paste, turmeric, cow dung, clay, charcoal, or red lead.
Apakah benar hujah Ustaz Mohd Nor bahawa tanda itu adalah “melambangkan imej keluarga orang kaya” atau apa yang disebut dalam Encyclopedia Britannica –indicating a person’s sectarian affiliation – itu bermakna tiada kaitan atau konotasi agama?
Saya mohon Allah berikan taufik dan hidayahNya kepada kita serta keluarga kita semua dan selamat dari fitnah akhir zaman. Ameen. -sumber-







Dalam isu anwar ibrahim dinandekkan aku sama sekali tidak bersetuju anwar ibrahim melibatkan diri dalam upacara tersebut. Memang lah perayaan neh menjurus kepada perayaan budaya tetapi ritual keagamaan tue tetap wujud dan ada.

Lagipun kalau sesiapa perasan, sebelum dipakaikan tanda dahi, seseorang itu akan dibacakan doa [lebih kurang macam mendoakan keselamatan] terlebih dahulu. Walaupun penjelasan dari orang india sendiri bahawa itu bukan ritual keagamaan dan hanya adat semata2 tapi still ia sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh orang islam apatah lagi pemimpin macam anwar ibrahim.

Mohon elakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan2 seperti neh di masa akan datang.

Sozcyili : Hadir sebagai hormat sudahlah.. tak perlu beria2 sambut pun.. urmmm