t>

Breaking News

Hot : Pekerja KFC Malaysia bergaduh dengan CUSTOMER..

Ini kisah KFC di malaysia. Ini kisah baru berlaku. Aku tidak mahu menilai siapa yang salah dan siapa yang betul dalam isu neh. Sebab apa? Sebab tak tahu kisah keseluruhan dalam isu neh. TIDAK adil jika menjadi penilai di saat aku hanya mendengar kisah dari sebelah pihak sahaja.

Dari apa yang diberitahu oleh orang yang berada di lokasi kejadian, apa yang berlaku ialah seperti di bawah neh ;

KFC worker fight with customer in I-City...the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI.." .... -Yang upload video di youtube-

Ini kisah dari pihak dia. Sepanjang aku makan KFC, belum lagi pernah aku berhadapan dengan situasi neh. Siyes. Seteruk dan sepenat mana pun pekerja KFC, aku memang tak pernah berdepan dengan pekerja kfc yang bersikap seperti di atas [andai apa yang dinyatakan oleh individu terbabit ialah benar].

Lihat versi video di bawah neh pula ; 


Kalau korang perasan customer kena tumbuk. Walaupun aku taktau keseluruhan kisah neh tetapi customer tidak boleh ditumbuk dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalau orang guna mulut, ko lawan mulut. Tak kira lah dalam situasi apa pun. Mulut lawannya mulut. Mulut tidak boleh dilawan dengan kekasaran. 

Apatah lagi ko ialah pekerja dan dia ialah customer. Tak kira marah macam mana sekalipun pun ko kena lawan dengan mulut. Jangan guna badan beb. Ko boleh bagi alasan ko bertindak demikian sebab marah tapi still perbuatan itu salah tak kiralah apa alasan yang ko gunapakai sekalipun.

Komen2 di youtube pula komen2 yang menjurus kepada perkauman. Sedih. Sepatutnya dalam kes neh dorang kena melihat A lawan dengan B. Tapi bukan itu yang berlaku. Dorang lihat melayu gaduh dengan cina.

Jadi geng2 cina akan balas balik kekasaran melayu neh dan mungkin ada juga geng2 melayu yang akan maki hamun budak kfc neh tanpa menyelidiki dulu punca sebenar kejadian. Sudahnya cina maki melayu, melayu maki cina. Dan akhirnya sesama rakyat malaysia memaki sesama sendiri. Memang tah pape. Sudahnya jadi satu lagi isu yang boleh menimbulkan ketegangan kaum di antara kita.

Adalah tidak adil jika bangsa menjadi isu disini. Bangsa bukan pun topic utama. Topic utama ialah pekerja kfc bergaduh dengan customer. Yang tue baru betul.  Tapi entahlah.. perkara yang menyebabkan ketegangan kaum semakin menjadi2 di malaysia neh. Bila lah seme neh akan berakhir. 

Media yang menyerapkan berita palsu harus bertanggungjawab apabila rakyat malaysia membenci sesama mereka. Inilah padahnya bila berbohong menjadi amalan. Akhirnya yang dapat kesan rakyat juga. Orang atas tetap senang lenang tabur fitnah. 

Sekali lagi aku jelaskan disini. Aku tidak memihak kepada sesiapa pun. Aku tidak tahu kisah sebenar. Aku harap pembaca juga jangan berpihak kepada sesiapa pun. Kalau boleh jangan juga memaki sesiapa pun. Yang boleh kita buat ialah berhujah cara rasional. Itu je. Bai

Sozcyili : Ayam boleh bikin orang gadoh woo..