Dr Maza mengulas isu Nizar - Sultan Johor..
Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan. Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri [err] tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.
Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;
Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.
Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.
Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana.
Kemaskini ;
TWEET DRMAZA di atas bukan mengenai isu no plat WWW. Ia hanyalah sekadar tweet umum. Harap neh boleh menjelaskan segala salah faham. Maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Klik sini.
Kemaskini ;
TWEET DRMAZA di atas bukan mengenai isu no plat WWW. Ia hanyalah sekadar tweet umum. Harap neh boleh menjelaskan segala salah faham. Maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Klik sini.
Sozcyili : Tuan kita Allah swt bukan sultan.. betul kan?