t>

Breaking News

Video pukul bayi tersebar. - UPDATED!

 

Sapa nak tengok, tengok. Sapa tak sanggup nak tengok, jangan tengok. Sapa yang dah tengok, lepas tengok toksah lah memaki hamun apa seme. Baik pada si pembelasah bayi ataupun kepada yang merakam. Video neh asalnya di download di youtube tetapi telah diremoved. Mungkin atas sebab2 tertentu. 

Selepas itu, video tersebut di upload di facebook. Ramai juga yang share. Almaklumlah, kes penderaan macam neh memang ramai yang alert. Cuma, macam biasa, kita neh tidaklah mengetahui kisah yang sebenar so nak buat kesimpulan melulu memang tak boleh.

Ada juga yang bagitau, komen2 di facebook cakap bahawa si pendera neh dah dipenjarakan. Sedang melalui perbicaraan mahkamah. Si pendera neh ibu kepada bayi tersebut. 

Ibu dia tue sakit. Disebabkan nak membuktikan bahawa ibu kepada baby tue "sakit" jadi orang yang merakam tue pun rakam satu video ketika si ibu melakukan penderaan. Dia rakam dan tunjukkan bukti tersebut kepada polis untuk diambil tindakan yang seterusnya.

Cuma, yang heran nya tue, kenapa dia upload di youtube? 

Hahaha..

Takan polis tengok guna youtube pula? Apa pun, benda neh cuma spekulasi jek lah. Betul ke tak betul ke aku pun taktahu. Cuma yang memang PASTI betul ialah bayi tersebut dipukul. Tak boleh larh buat macam tue. 

Nak rasa marah ke apa ke jangan lepaskan ke atas budak2. Sebenarnya, kalau manusia tue normal tak kiralah ibu ke atau bukan ibu sekalipun, dorang memang takan pukul budak2. Usah kata bayi, kanak2 bawah 7 tahun memang takan dipukul secara kasar macam neh.

Tapi, disebabkan bukan semua manusia yang wujud di dunia neh "normal" maka wujud lah kes2 yang pelik sebagaimana di atas. Apa pun kepada yang rakam, tahniah diucapkan kerana anda ada inisiatif nak mengajar perbuatan si pelaku yang zalim tue. Dan kepada si pelaku, insaflah sementara masih hidup, itupun jika anda orang nya waras. Kalau "sakit", abaikan sahaja nasihat ini.

Updated lagi.

Ini ialah versi lain pula. Berapa banyak versi ek? Aku pun tatau lah.. menurut komen2 yang tersebar di facebook, ada yang cakap bahawa perempuan neh ialah perempuan yang berasal dari indonesia, berumur 19tahun [tahun lepas]. Video neh merujuk kepada kes yang berlaku pada tahun lepas.

Kes neh berlaku di kawasan petaling jaya dan perempuan tersebut sedang dihukum penjara selama 18bulan. Ini dikatakan telah disahkan oleh balai polis bukit aman. Betul ke tak betul citer neh? Baik toksah tanya aku. Lepas neh versi apa pula yang tersebar, aku pun tak sabar nak tahu.

Hahahaa..

Dan, yang anehnya, PDRM sendiri bagi respon yang berbeza menerusi facebook mereka. Lihat bawah neh sendiri ;



Mana satu betul neh? Takpe, tunggu aje siasatan mereka selesai, habis citer. Kalau taktau citer elok juga berhenti buat spekulasi. Dengan citer video terbabit telah menimbulkan suasana yang kelam kabut bagi ibu bapa yang menghantar anak2 mereka ke pusat jaga bayi. 

Dorang fikir ini satu lagi insiden penderaan yang melibatkan taska. Ohoii.. jangan bagi orang trauma der.. lainkali nak upload, upload bagi habis. Lampirkan detail sekali. Kalau tak hanya menyebabkan orang ramai rasa cuak je.. 
Sozcyili : Ermm.. toksah beranak kalau malas layan karenah anak..