WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS – JAWAPAN UNTUK DR. MAZA
Ini ialah luahan anggota polis terhadap artikel dr. Maza mengenai anggota POLIS. Luahan kat bawah neh bagi aku ialah luahan yang takde point dan tidak berpijak kepada hakikat. Kalau dia cakap beribu2 lain orang yang bayar cukai tidak mahu pendemo2 bersih berada di dataran pada hari tersebut itu membuktikan dia letak akal dia kat bawah, sebab apa?
Sebab, sebagai manusia, walaupun kita seme bayar cukai tapi ko siapa nak paksa atau halang hak aku?
Contohnya ;
Aku bayar cukai. Ko pun bayar cukai. Aku ada hak guna dataran merdeka. Ko pun ada hak guna dataran merdeka. Aku nak guna aku punya pasal dan ko takde hak nak halang. Sama macam ko. Ko taknak guna ko punya pasal dan aku takde hak nak paksa. Simple logic macam neh pun tak faham.
Dari saat dia berfikir bahawa pembayar cukai yang lain ada HAK untuk menghalang pembayar cukai yang LAIN menggunakan HARTA AWAM, sejak itu dah membuktikan betapa pemikiran dia bermasalah. Bab perilaku2 songsang peserta2 BERSIH 3 dia nampak, bab perilaku songsang PDRM ada dia nampak, peduli atau kisah?
Masuk tv pun HARAM. Yang hanya masuk kat tv, buruk2 kat BERSIH jek. Yang baik2 langsung tak masuk tv. Itupun tak faham betapa BIAS nya pemikiran dia lagi nak cakap DOKTOR tak berfikir dari kesemua sudut dan pihak?
Masuk tv pun HARAM. Yang hanya masuk kat tv, buruk2 kat BERSIH jek. Yang baik2 langsung tak masuk tv. Itupun tak faham betapa BIAS nya pemikiran dia lagi nak cakap DOKTOR tak berfikir dari kesemua sudut dan pihak?
Inilah sejenis mentaliti... dalam pada dok pongpang orang lain tak menilai kes dari kesemua sudut, dia sampai terlupa dia sendiri pun gagal menganalisa kes dari kesemua sudut juga! Lame. Tapi takpe, oleh kerana dia berniat untuk berbincang cara baik, maka cara baik juga lah kita balas hujah mereka. Yang pasti kita tidak akan kafir mengkafir atau anjing menganjingkan sesiapa disini oke.
Ikuti luahan dia kat bawah neh ;
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,
Yang Berbahagia Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dr atas kiriman warkah ini. Saya tidak mengharap pun Dr. membacanya apatah lagi membalasnya. Sesungguhnya saya tidak layak berbicara dengan Dr apatah lagi mahu berhujah. Seikhasnya, surat ini hanya luahan hati seorang anggota polis yang juga rakyat negara tercinta ini.
Membaca tulisan Dr. Saya merasa terpanggil untuk membalas juga menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Dr dari kaca mata saya seorang anggota polis. Oleh kerana warkah ini dimuatkan dalam facebook fanpage Dr pada 3 MEI 2012, saya yakin apa yang Dr katakan dalam warkah tersebut berkait dengan Perhimpunan BERSIH pada 28 APR lalu. Sekiranya bukan, saya tetap merasakan ianya releven dengan perhimpunan tersebut. Saya juga akan menjawab dari konteks yang sama kerana saya berada di sana pada hari tersebut.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr atas keperihatinan Dr terhadap kami anggota polis ini, terasa sangat berbangga juga terharu apabila seorang yang tersohor, idola dan contoh kepada jutaan umat manusia di negara ini sanggup meluangkan masa sibuknya untuk menulis kepada kami. Saya pasti, saya amat pasti tiada kerjaya lain yang mendapat perhatian Dr sepertimana Dr memberi perhatian kepada kerjaya polis ini. Terima kasih Dr!
Yang Berbahagia Dr, saya bukanlah seorang yang terpelajar seperti Dr, mempunyai gelaran Prof atau Datuk jauh sekali..cuma sesekali orang memanggil saya dengan gelaran Tuan, kadangkala Encik..ada juga yang suka memanggil kami ANJING. Apa pun panggilan kepada saya dan kami anggota polis, komitmen dan seluruh jiwa raga kami adalah untuk melihat ketenteraman dan keselamatan negara ini sentiasa terpelihara.
Yang Berbahagia Dr,Saya akur dengan penjelasan Dr tentang bahaya kuasa ini. Kuasa boleh disalahgunakan, menindas orang yang lemah serta menzalimi orang yang tidak bersalah. Mungkin kerana itulah, pihak polis yang diberi kuasa ini sering dipersalahkan, dituduh juga dicerca denga tuduhan yang berbagai. Walaupun Dr tidak menyatakan dengan jelas namun saya dapat membaca apa yang Dr maksudkan. Apa pun, saya menghormati pendirian dan pandangan Dr.
Cuma saya agak terkilan kerana Dr hanya melihat bahaya kuasa ini dari kaca mata seorang peserta perhimpunan, bukan dari kaca mata rakyat secara keseluruhannya. Mahupun dari kacamata pihak polis yang sedaya upaya mengawal perhimpunan itu. Saya juga sangsi adakah Dr diberi peluang untuk melihat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam perhimpunan tersebut. Saya juga agak terkilan kerana tiada satu pun kata-kata Dr yang menyanggah tindakan peserta perhimpuan tersebut sehingga memaksa polis bertindak sebegitu rupa.
Yang Berbahagia Dr.Ingin saya memetik kata-kata Dr yang Dr tujukan kepada kami anggota polis:
"Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya".
Dr yg saya hormati, daripada perenggan ini, saya simpulkan bahawa mungkin Dr diberitahu bahawa anggota polis yang bertugas memukul peserta perhimpunan yang mana menurut pandangan Dr adalah rakyat yang tidak bersalah. Sebagai seorang pegawai polis yang berada di sana, tidak dapat saya nafikan bahawa tidak mungkin sesuatu tangkapan itu boleh dibuat tanpa kekerasan. Harus juga kita bertanya kepada diri apa yang memaksa anggota polis bertindak sebegitu rupa. Sekiranya tiada provokasi dari peserta mahupun engkar larangan, adakah polis dengan sewenang-wenangnya akan melakukan kekerasan untuk menyuraikan kumpulan ini?
Yang Berbahagia Dr, saya dan kami anggota polis yang bertugas, seawal diarahkan untuk mengawal perhimpuan tersebut tidak pernah sekalipun terniat atau terlintas difikiran untuk memukul mahupun menzalimi peserta-peserta perhimpunan. Doa kami hanyalah supaya perhimpunan itu berjalan lancar dan bersurai seawal mungkin, agar tiada insiden mahupun kecelakaan berlaku sepanjang penugasan kami. Tetapi Allah lebih berkuasa, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dalam sekelip mata kekecohan berlaku akibat kedegilan peserta yang mengikut arahan individu tertentu, melanggar halangan menuju Dataran Merdeka. Percayalah Dr, sekiranya arahan untuk tidak memasuki Dataran Merdeka itu dipatuhi, saya yakin, malah saya amat yakin tiada insiden mahupun kecederaan akan berlaku.
Yang Berbahagia Dr, Mungkin Dr ada melihat melalui video atau televisyen perilaku peserta-peserta ini. Mungkin Dr ingin memperkatakan sesuatu tentang perilaku mereka. Kerana perjuangan, mereka hilang kewarasan, hilang harga diri malah hilang rasa hormat terhadap orang lain. Tidak perlulah saya mengulangi lagi apa yang peserta-peserta ini telah lakukan demi perjuangan mereka ini. Dari pandangan saya yang pendidikan tidak seberapa ini, saya kira Dr juga perlu lebih menyeluruh dalam hujahan Dr. Sebagaimana Dr menegur kami anggota polis, perkara sama juga perlu Dr lontarkan kepada peserta-peserta perhimpunan ini. Moga dengan nasihat dan teguran Dr, tiada lagi laungan polis anjing mahupun tindakan meludah kepada anggota polis akan berlaku dalam aktiviti mereka selepas ini.
Yang Berbahagia Dr, Kami anggota polis hanya mahukan ketenteraman ibu kota terpelihara dan hak-hak rakyat yang tidak menyertai perhimpunan itu juga terus dibela. Ada yang menjustifikasikan hak mereka untuk berada di Dataran Merdeka pada hari itu adalah semata-mata kerana mereka pembayar cukai. Tidakkah mereka pernah terfikir jutaan lagi rakyat yang tidak mahu mereka berada di situ juga membayar cukai!
Yang Berbahagia Dr, Sepertimana mereka, kami anggota polis juga adalah rakyat. Sepertimana mereka, kami anggota polis ini juga adalah pengundi. Sepertimana mereka, kami anggota polis ini juga adalah pembayar cukai. Akhir kata, terima kasih atas teguran, doa dan panduan Dr. Moga Dr terus dilimpahi rahmat dan kesihatan untuk menulis dalam ruangan seterusnya. Terima Kasih. Ikhlas – Kami Juga Rakyat Malaysia.
Sumber fanpage MAZA.
Sozcyili : Suruh tv3 siar polis yang bantai pendemo bersih terlebih dahulu.. kalau sungguh benci bias jangan amalkan bias dulu..