t>

Breaking News

Review kes POLIS bantai orang awam sebab AISKRIM!

Peh.

Cam tengok filem pula. Siap nak review bagai.

Wakaka..

Aku rasa ramai orang dah tengok kedua2 video yang dimaksudkan, ye tak? Kalau belum tengok dulu kat bawah neh beb ;

Video satu.


Video kedua

   

Dah tengok baru boleh komen kan. Menurut laporan portal online ; 

1. Polis tersebut mengamuk disebabkan aiskrim. 

2. Sebelum membantai kakitangan hotel, polis tersebut dah bertengkar mulut dulu dengan kakitangan terbabit. Kalau kita tengok video, polis dan kakitangan hotel tersebut masing2 berlawan mulut non-stop. Kedua2 pihak saling berbalas percakapan tetapi

POLIS = diperlihatkan sedang memarahi.

Pekerja hotel = diperlihatkan sedang mempertahankan diri sambil menenangkan keadaan.

Ketika polis yang dimaksudkan mengamok, ada dua orang yang lain cuba menghalang polis tersebut dari terus melampiaskan rasa amarah dan pekerja + kawan kepada kakitangan hotel tersebut juga sedang bertindak menyabarkan kakitangan hotel yang sedang dimarahi oleh pegawai polis tersebut.

Kalau kita tengok CCTV tersebut, kita juga akan nampak polis tersebut membantai kawan dia sendiri. Lihat kat bawah neh beb ;


Pada asalnya kawan dia dah beberapa kali sedang cuba sabarkan dia. Tetapi setelah gagal, dengan kawan2 dia sekali dipercayai bersubahat bawa orang awam tue ke satu tempat untuk dibelasah [menurut laporan portal online].

3. Polis tersebut dipercayai di bawah pengaruh dadah.

4. Menurut PDRM kes sedang disiasat.

Sebenarnya tidak adil untuk terus membuat penilaian tanpa mendengar keterangan dari seme pihak namun dalam kes neh meskipun kita mendengar keterangan polis, polis yang dimaksudkan tetap bersalah dari apa segi sekalipun. 

Kalau pun korang bergaduh pasal aiskrim dan sebagainya ko tetap takde hak nak tunjuk gangster dan belasah orang awam sambil acukan pistol. Itu satu perbuatan keji. Orang awam tersebut tidak bersalah tak kira lah apa jua benda yang dia cakapkan sekalipun.

Sebab apa?

Mulut lawan nya mulut. Kalau orang awam tue bersikap biadap, maka polis boleh sound dia balik. Apatah lagi orang awam tersebut telah menunjukkan isyarat surrender ketika itu bahkan siap minta maaf lagi ikut pergerakkan tangan dia jadi apa masalah polis yang satu neh?

Lagi satu yang aku heran, polis tue bertiga atau berdua? Kenapa pula dua orang yang lain tak boleh tenangkan polis yang mengamok tue dengan cara mengheret dan mengari kawan sendiri sebab menyerang orang awam? Kenapa mereka bersubahat? So disini bukan satu polis bahkan ketiga2 mereka harus dihukum.

Bukan sahaja perlu dibuang kerja bahkan perlu dipenjarakan. Hello, ko ingat polis tue aje ada anak bini? Polis tue jek ada family? Dua orang awam tue takde family? Dua orang awam tue takde sesiapa yang sayangkan mereka di dunia neh?

Of course lah ada. Ini baru sekali yang kita nampak. Belum lagi perbuatan2 dia yang lain yang kita tak nampak. Jika diberikan peluang kepada dia, kita sebenarnya sedang membahayakan kehidupan dan keselamatan kita seme. 

Hari neh orang awam tue yang jadi mangsa. Mulut kita dok potpet2 bekap polis. Esok lusa bila kita yang kena baru kita sedar diri dan menyesal sebab membela kemungkaran. Masa tue polis tue salah sikit tapi ko yang bela kemungkaran salah banyak bahkan layak dipadanmukakan sebab bersetongkol dengan kejahatan.

Kemon, aku pernah dibelasah oleh polis. Sebab tue aku faham perasan dak2 tue. Bahkan setelah hampir 2 tahun berlalu pun aku takan lupa. Aku takan lupa apa yang polis buat pada aku. Tidak dulu, tidak hari neh bahkan tidak pada akan datang.

Selagi korang tak pernah kena bantai dengan polis, korang takan tahu apa rasanya bila polis membantai korang pada saat korang tidak melakukan apa2 kesalahan. Bukan aku nak menilai seme polis = penjahat. Jangan salah faham. 

Cuma aku nak cakap bahawa sememangnya dalam cctv tersebut polis = penjahat. Dan penjahat seperti neh tidak patut diberikan pengampunan, belas kasihan bahkan tidak boleh dibiarkan berada di unit PDRM. Kerana mereka akhirnya akan mencemarkan badan kepolisan itu sendiri, yang mana memang dah sedia tercemar dengan teruk dan buruk.

PDRM fikirkan, samada anda nak menjaga nama baik dan imej badan kepolisan ataupun anda nak menjaga anggota anda? Anda tidak boleh memilih kedua2 nya sekali. Walaupun memilih salah satunya tidak boleh menguntungkan anda, sekurang2nya jika anda pilih yang pertama, anda tidak akan dikecam dengan membuta tuli.

Dan ingat juga, satu atau dua insiden kekerasan pihak polis terhadap orang awam tidak akan menjejaskan imej polis sebegini teruk seperti sekarang. Sudah pasti, persepsi yang polis terima pada hari neh berpunca kepada beratus2 ribu kekejaman yang telah dialami oleh rakyat. Anda buat dan anda dapat. Fikirkan. 

Dan kat bawah neh aku sediakan snap shot untuk korang faham serba sedikit apa yang aku PERCAYA sedang berlaku disitu pada ketika itu ;