Video customer marah pengurus proton tersebar.
Service after sales amatlah penting.
Bahkan lebih penting dari product itu sendiri. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi inilah pendapat aku. Contoh, P1. Selaku pengguna P1 kadang2 aku bengkek dengan service P1 yang macam haram. Tetapi disebabkan service after sales dia yang menghormati setiap komplain2 aku sehinggakan aku dikenakan rebet, pernah tak perlu bayar apa2, dan beberapa kelebihan lain maka aku sabar aje menggunakan P1. Istiqomah dan tawakal.
KAH KAH KAH
Ini lebih baik dari maxis. Aku berani kerat leher sales after service maxis dan celcom memang cam gampang! Contohnya line internet takde, ko tetap kena bayar kan? Dengan P1? Takde line internet? Owh oke, ko telefon dia mengadu panjang lebar, bulan seterusnya tahu2 je ko dah diberikan rebet dan aku pernah sampai tak perlu bayar satusen pun. Tapi mulut kena komplain larh. Jangan maki hamun. Jangan. Cakap je elok2 tapi dengan nada kecewa + stress.
KAH KAH KAH
So bila melihat pengurus proton dimarahi oleh customer proton yang kecewa, aku boleh bayangkan perasaan dia. Siyes, aku boleh bayangkan. Ingat, pembeli2 proton sebenarnya dah lama tahu masalah yang berlaku di proton tetapi disebabkan kita rakyat malaysia, kita tetap juga sedikit sebanyak paksa diri kita percaya bahawa proton sememangnya sedang berubah.
Bahkan, kita sedang melakukan amal jariah dengan membeli proton. Ini bukan cakap main2 beb. Ini apa yang mahathir sendiri pernah luahkan. Membeli proton merupakan satu amal jariah. Kami ialah orang yang sedang melakukan amal jariah kepada proton, so hargai lah customer kamu. Jangan lah bersikap macam gampang disitu.
Proton takan boleh untung besar, melabur sana sini jika tiada pembeli2 proton. Ingat tue. Jadi walau apa pun yang customer complain, suka tak suka kena telan. Sebagaimana rakyat terpaksa telan dengan kekejaman proton ke atas rakyat, seperti itulah proton kena telan balik luahan2 rakyat ke atas proton. Orang kata apa yang ko buat, ko dapat. So fair and square beb. Fair and square.
Tonton video kat bawah neh oke ;
Updated : Video telah diremoved, klik sini untuk menonton video tersebut.
Updated : Video telah diremoved, klik sini untuk menonton video tersebut.
PSTT : Aku adalah individu yang menyayangi proton dengan cara menjadi jujur bukan menjadi pembodek.