t>

Breaking News

Duit baru Malaysia boleh luntur - Testimoni kedua.

Nampaknya memang betul. Mulanya aku fikir tak betul. Ikuti perbualan aku dan rakan facebook mengenainya disini. Tapi nampaknya uji kaji aku membuktikan hal sebaliknya. Ia boleh luntur walaupun bukan luntur on the spot. Rasanya ramai dah tahu tentang satu gambar mengenai duit baru yang luntur kan?

Kali neh aku tak gunakan gambar orang lain sebaliknya gambar yang aku sendiri hasilkan.

Lihat bawah neh ;



Sebelumnya? Lihat video neh.

 

Jalan citer?

1. Mula2 aku letakkan duit baru dan lama dalam air rendaman clorox berjenama pipit.

2. Selepas tue lebih kurang 6 minit lebih sket aku angkat.

3. Time aku angkat tue, aku tengok duit baru dan lama tak luntur langsung.

4. Tetapi oleh kerana time tue aku nak keluar uruskan sesuatu hal + duit lama pula basah, so aku jemurkan duit lama kat tempat berangin sambil membiarkan duit baru di sebelahnya.

5. Selepas 3 jam aku kembali dan aku melihat duit baru yang tak luntur pada asalnya telah luntur warnanya kat gambar agung. Ini benar2 berlaku. Aku pun pelik. Walaupun dia tak luntur on the spot tetapi selepas beberapa tempoh masa dia akan luntur.

Macam yang aku dah sebutkan tadi.. tiada sesiapa pun yang sengaja mahu merosakkan duit mereka sendiri. Contohnya diri aku. Aku sanggup gunakan duit keropot2 tue balik untuk ujikaji dan bukan duit lain sebab bagi aku rm1 pun tetap duit dan bernilai bahkan aku rasa sayang ia dibazirkan untuk testimoni aku.. 

And, aku juga sedang sibuk fikir2 boleh kah aku kembalikan duit kerepot2 tue kepada asal? Hehehe.. Sebenarnya aku dah jelaskan pada posting sebelumnya, rujuk sini. Testimoni dan kajian neh bukan lah kajian yang mahu melingkupkan dan memburukkan sesiapa pun walaupun aku dapati ianya sukar difahami oleh sesetengah pihak.

Testimoni neh sebenarnya nak memberitahu bahawa ada banyak material yang boleh digunakan untuk buat wang.. dan kalau kita guna material yang lebih tahan lasak adalah lebih baik untuk menjaga nilai wang kita.. sambung bab kelunturan pula.

Tiada sesiapa pun yang akan sengaja membiarkan duit untuk direndam dalam clorox lama2.. tetapi jika itu terjadi pada wang baru maka gambar agung akan lesap tetapi bukan gambar pada duit lama. Jadi dari segi tahan luntur dan tahan panas ia dimenangi oleh duit lama. Itupun aku tak yakin.. betul ke tang agung jek boleh luntur? Buat masa sekarang memang itu jek yang aku nampak lunturnya..

Walaupun orang kata duit lama mudah koyak, aku jarang2 sekali alami situasi tersebut melainkan duit rm5 plastic yang kita gunakan sebelum neh.. memang mudah koyak dan rosak. Aku berpendapat, selepas tempoh masa tertentu, duit baru kita tidak mampu tahan lasak.. disebabkan faktor sekeliling. Oleh kerana ia tak tahan panas dan tak tahan dengan bahan kimia tertentu maka memudahkan ia ter-rosak.

Seperti yang kita sedia maklum.. duit kita bukan nya static dan duduk di satu tempat jek. Sentiasa berjalan dari satu tangan ke satu tangan. Suasana bertukar, cuaca bertukar, keadaan bertukar.. dan orang yang pegang duit2 tersebut pun bertukar. 

Mungkin selepas melalui proses neh kita boleh melihat duit baru kita jadi macam rm5 sekarang.. iaitu tidak tahan lasak.. tapi takde lah teruk gile macam testimoni2 aku sebab duit2 tue memang bertujuan untuk ujikaji.. tak hairan la hasil dia begitu. 

Aku juga tak nafikan bahawa duit2 lama kita sebelum neh juga bukanla berada di tahap yang terbaik meskipun terdapat beberapa ciri yang ada pada mereka terbukti lebih baik berbanding duit baru.

Apa pun kesimpulan aku ialah kekalkan ciri2 duit lama kita iaitu tahan haba matahari.. tahan lasak.. dan jangan mudah koyak, ciri2 duit baru kita. Mungkin perlu penambahbaikkan dari segi pemilihan material. Apa pun ini sekadar idea.. harap2 BNM pertimbangkan untuk projek yang akan datang.

Dan, yes.. untuk mereka2 yang membebel dan merapu tak tentu hala.. neh mesti kerjanya menyibuk. Oleh kerana ko tiada pandangan seperti aku itu tak menjadikan aku tak boleh menyatakan apa2 pandangan kat sini. 

Kata aku mengutuk2 apa bagai? Berpolitik? BODOH sangat ke ko? Sila baca balik ayat2 aku. Aku susun sket punya sopan punya baik dan terang2 nyatakan idea aku.. takde pun ayat macam nak cari gaduh bahkan aku tak sebut pasal bn umno or salahkan mana2 pihak pun. Sila meroyan ikut situasi. Kalau tak reti, berambos. Habis citer.