t>

Breaking News

Testimoni 1 : Tahan panas - DUIT LAMA VS DUIT BARU. [VIDEO INSIDE]

Pertama.

Aku bukan suka2 nak buang rezeki or saja2 nak cetuskan apa segala jadah kontroversi kat sini. Apa yang ingin aku nyatakan dan sampaikan ialah perbandingan antara product lama dengan product baru. Perbandingan seperti neh bagi aku perlu supaya kita boleh terdedah yang mana satu patut kita kekalkan dan yang mana satu kita tak perlu kekalkan.

Sebelum tue ketahui beberapa perkara ;

1. Material yang digunakan untuk buat duit lama dan duit baru berbeza. Bagi aku kalau kita gunakan material yang tahan lasak + lama adalah lebih baik. Satu2 duit tue yang paling penting teguh dan tahan lama. Tak guna duit kita nampak cantik tetapi tak tahan lama.

Dan, kalau kita dah tahu satu2 material tue tahan lasak, kita takde sebab nak tukarkan ia kepada material yang tidak tahan lasak. Inilah pandangan aku. 

2. Kajian neh adalah sebagai penanda aras = kayu pengukur untuk BNM berfikir dalam sedalam dalamnya sebelum melakukan apa2 keputusan pada masa akan datang mengenai ciri2 keselamatan dan keteguhan ringgit malaysia.

Ia adalah sekadar idea dan cadangan dari rakyat marhaen. Macam aku nyatakan di atas tadi, jika duit kita teguh itu adalah lebih baik. Bahkan itulah yang sepatutnya pun.

Memang takan ada orang suka2 pergi seterika duit dia.. or saja2 biarkan ia berjemur di tengah panas dan membiarkan duit terendam dalam clorox, tetapi jika itu seme berlaku mestilah disebabkan atas satu2 sebab dan kita takmo perkara2 seperti neh menghancurkan duit yang ada dalam poket baju kita or duit yang kita tertinggal kat mana2..

Aku akan buat uji kaji lain pula lepas neh then akan share kat sini macam biasa. Korang tengok dulu hasil uji kaji tahan panas antara duit lama dengan duit baru..



Kesimpulan :  Duit baru dengan material plastik tidak boleh dikekalkan kerana ia cepat rosak sekaligus menghilangkan nilai. Sila buat duit gunakan material yang tahan lasak dan lebih teguh supaya duit tahan lasak sekaligus mampu mengekalkan nilai wang dengan lama dan berpanjangan.