t>

Breaking News

Penjelasan Dari Warga Jururawat Isu Bayi Berdarah Di Wad.

salam.. mesti awak dah melihat gambar bayi yang berdarah tu di fb.. amat sedih bg saya kena ia amat tidak adil untuk menghina kami warga jururawat. 

saya tahu apa yg saya cakap ni tidak ada berkaitan dgn politik. tapi saya percaya yang ameno adalah orang yg berpaksi pada fakta dan hujah dan bukan fitnah.. penjelasan saya :

1. bayi kebiasaan akan selalu bergerak, situasi sebenar adalah jarum (Branula) di kaki bayi tercabut. itu menyebabkan pendarahan. ini adalah biasa tidak kira dewasa atau bayi

2. saya rasa memang mejadi satu kesalahan nurse jika berlaku ketidaksopanann ketika menjawab soalan pesakit. tetapi pengalaman saya pesakit or saudara susah hendak menerima penjelasan

3. jika terbukti nurse itu bersalah, prosedur semua orang tahu ialah untuk berjumpa dgn ketua jururawat oncall yang sentiasa 24jam ada. boleh melakukan aduan. tema kami ialah KAMI SEDIA MEMBANTU

masalah nye admin saya rasa tidak adil kerana terdapat penghinaan dan kata cacian dari masyarakat. kalau admin tidak percaya dengan hujah saya 1-3 tu boleh rujuk komen di link yang saya akan bagi nanti..

fb orang yang bernama lepo san pun sudah tidak dapat dikesan. malah link original telah delete oleh beliau. saya search di kkm pn tak jumpe

harap admin boleh pertimbangkan untuk bersihkan nama jururawat malaysia. 

link 

yang mengelar kami syaitan
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=479763742079008&set=a.367368503318533.85267.110843945637658&type=1&theater&notif_t=like

link jururawat kami

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=167521923400383&id=189747494417402&comment_id=465114&notif_t=like
Rujuk sini. 

Ada yang nak report polis. Tak kurang juga dok maki hamun. Aku dah tulis kat artikel pertama mengenai isu tersebut. Kita lepak dulu. Dengar penjelasan dari pihak yang berkaitan. Tak usah report2 polis. Ada plak cakap eh sedara aku ke staff nurse tersebut?

Well aku mengaku aku ada sedara mara yang kerja nurse. So serba sedikit aku dapatlah memahami juga cara mereka berkerja. Well nurse pun manusia. Mereka pun ada juga berhadapan dengan patient yang bermacam ragam. Sebab tue aku cadangkan biarkan kes diselesaikan ikut saluran yang betul. Dengar penjelasan dari kesemua pihak. Dan jangan report polis. Bukan rugi apa pun dengar penjelasan dari semua pihak, betul tak?

Bab maki2 nurse tue, itu bukan tindakan bijak. Jangan generalisekan. Di luar tue ramai lagi nurse yang baik2. Betapa ramai lah nurse2 yang kecewa sebab dimaki tak pasal2. Itupun sebab perangai sorang nurse yang sah2 tak mewakili nurse2 yang lain. BTW, link di atas tidak pula maki nurse = setan. Admin tue pun aku nampak dia state nurse yang diperkatakan tue = setan. Bukan asal nurse = setan. Mungkin dah diperbetulkan ke sebelum neh tak pula aku tahu. 

Apa pun kita tunggu penjelasan dari nurse yang dituduh dalam kes di atas. Jika benar dia bersalah biarlah dia minta maaf pada keluarga patient. Janganla sampai dibuang kerja hendaknya. Berikan dia masa dan peluang untuk betulkan kesilapan. Jika dia tak bersalah.. errr mungkin lain kali better kita dengar penjelasan dari seme pihak sebelum buat kesimpulan, oke?  Bai.