t>

Breaking News

Lelaki parah ditetak ketika pasang bendera parti.

Apa la nak jadi neh. Pasal politik pun nak tetak2 orang? Dah tue tak citer plak sapa yang kena tetak, parti mana yang menetak. 

Adoii..

Bukan nak salah sangka ke apa biasa kalau sorok2 nama parti neh.. sebab nak tutup kesalahan dari pihak sebelah sana. Tetapi tiada laporan rasmi. Tunggu la dapat laporan rasmi baru boleh citer. Sekarang neh seme bertaraf spekulasi je la.

Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.
   
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.
   
Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.
   
"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.
   
Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.
   
Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan. - Bernama