Guru di arah hadir ke perhimpunan Muhyidin Yasin
Adoi.
Macam ini pun boleh. Suka2 je paksa orang hadir untuk meriahkan dan ramaikan program dia. Ini boleh di anggap salah guna kuasa untuk kepentingan politik neh.
Baca bawah sat ;
Guru-guru di semua sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara diarahkan menyertai himpunan dengan Tan Sri Muhyidin Yasin di Johor Bharu 16 April ini.
Himpunan itu akan diadakan jam 3.00 petang di SJKC Foon Yew 1, Johor Bahru.
Sehubungan itu, semua jabatan pendidikan negeri telah mewajibkan setiap sekolah Cina menghantar sekurang-kurangnya enam orang guru bagi menyertai himpunan itu.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur misalnya telah menghantar surat kepada semua sekolah Cina bagi mewajibkan mereka menyertai majlis itu.
Guru besar, seorang guru penolong kanan dan guru biasa diwajibkan menyertai himpunan itu.
Ia dibuat kononnya untuk merealisasikan hasrat pendidikan negara, kata surat itu.
Mengikut taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, guru-guru yang menjadi wakil akan dibekalkan bas dari Kuala Lumpur ke Johor dan perlu berkumpul sebelum 7 pagi.
Mereka dijanjikan pulang dan tiba kembali di Kuala Lumpur pada hari yang sama kira-kira 11 malam.
Ini bermaksud kelas dan pengajaran guru-guru yang terpilih akan diabaikan pada hari itu semata-mata untuk menghadiri perhimpunan bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang jelas mempunyai motif politik menjelang pilihan raya akan datang.