Gambar2 Menara Atas Bangunan UMNO Tumbang!
Angin kuat. Angin kuat telah menyebabkan menara telekomunikasi yang terletak atas bangunan UMNO rebah ke bumi. Kejadian tersebut telah menyebabkan 7 kereta yang terletak atas bahu jalan ketika itu rosak teruk kerana dihempap dengan serpihan menara tersebut.
Dan 7 dilaporkan cedera dengan 2 dari mereka mengalami kecederaan yang parah. Kesemua mereka dilaporkan sedang menerima rawatan susulan.
Berikut adalah gambar2 mengenai kejadian tersebut ;
Kepada pihak2 yang berkenaan, kita berharap mereka membayar pampasan yang sewajarnya kepada pihak2 yang terjejas disebabkan perkara neh. Teruk gak kerosakkan yang mereka alami. Kereta kemek habis pun ada. Nasib baik time tue ada yang takde orang dalam kereta tue. Kalau tak, tatau nak cakap apa dah..
Harap2 yang cedera parah tue segera la pulih dan sihat seperti sedia kala hendaknya..
Baca bawah ;
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/232889

Ribut melanda Pulau Pinang lewat petang ini dan menumbangkan menara antena di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister. Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 23 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk segera mengambil langkah keselamatan. Dalam kenyataan audio kepada media, Lim berkata setakat yang diketahui, hanya seorang yang cedera serius dan telah dihantar ke hospital.
Menurutnya, kira-kira tujuh buah kereta rosak dan beliau berharap tidak ada lagi mangsa terlibat. Lim menggesa Umno negeri supaya segera membuka bangunan itu supaya tindakan segera yang boleh diambil untuk mengelakkan lebih bahagian bumbung jatuh.
Sementara itu, Bernama melaporkan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena itu runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan raya, dua daripadanya parah.
Menurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong gas rosak dalam kejadian lewat petang ini.
Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian. Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dimaklumkan bahawa antena di atas bangunan itu telah runtuh.
Terdapat banyak pejabat di dalam bangunan itu dan pejabat Umno terletak di tingkat enam dan tujuh.
"Ia adalah satu kemalangan, satu bencana alam," katanya.
Apabila diberitahu ada yang dipercayai cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, Shaik Hussein mendoakan mangsa terbabit cepat sembuh.
"Kami akan menilai situasi dan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/232889