t>

Breaking News

Mahathir Saran Najib Jangan Beri Muka Kepada Pembangkang.

Hehe.


Maka terpaksalah Najib tunjukkan kekerasan dia kepada Mahathir bila dah kena sound tepat macam neh kan?

Dalam bahasa ringkasnya Mahathir nak bagitau Najib, ko tue lembik sangat la sampai pembangkang boleh berlebihan dalam membuli ko.

Betul tak?

Hehehe

Baca bawah ;

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
    
"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibunegara semalam.
    
Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
    
"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.