Saya Melayu, Saya Dapat Beli Rumah Di UK Dan Saya OK.
Kalau dia duduk kat Malaysia mungkin dia pun akan menghadapi masalah yang sama seperti kebanyakkan rakyat di negara ini. Iaitu kesukaran untuk membeli rumah sendiri waima rumah bagi pembeli kali pertama sekalipun.
Aduhai la..
Cuba korang baca kehidupan dia kat UK now ;
Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202121021247404&set=a.1133557339496.22330.1244162167&type=1&relevant_count=1
Idea yang menarik pada aku. Tapi aku still berharap kerajaan boleh buat dua langkah utama iaitu ;
1. Jadi grantor pada pembeli rumah kali pertama. Supaya BANK dapat luluskan bank tanpa banyak citer. Juga permudahkan urusan deposit, kalau boleh rendahkan urusan deposit dan lebih baik jika deposit dapat ditolak terus dari KWSP.
2. Kawal harga rumah, kawal pemaju, pantau spekulasi harga dan buat skim 1 family 1 rumah.
Aduhai la..
Cuba korang baca kehidupan dia kat UK now ;
AKU BUKAN MAT SALLEH CELUP!
Entri XXX: Selamat Hari Malaysia! Secebis England yang kami miliki
Rumah mahal sangat kat Malaysia sekarang kan?
Ada yang tanya saya tentang macamana kami beli rumah di UK ni? Susah tak ? mampu tak?
Yang lagi cute tu komen pulak
"Wahhhh banyaknya duit beli rumah kat UK"
Sempena hari Malaysia ni saya kongsikan pengalaman saya bagaimana Kerajaan UK bantu rakyat walaupun bukan warganegara seperti saya untuk miliki rumah melalui skim 'Home Buy Direct"
Home buy direct ni insentif kerajaan di UK untuk bantu masyarakat agar mampu miliki beli rumah tanpa keluarkan deposit yang tinggi dan kos berkaitan.
Tapi hanya untuk memiliki RUMAH PERTAMA sebab kerajaan fikir bahawa tanggungjawab kerajaan untuk pastikan rakyat mampu ada rumah sendiri.
Jadi kerajaan perkenalkan konsep belian rumah melalui 'perkongsian ekuiti' bagi 1st time home buyer.
Maknanya kerajaan akan dahulukan peratusan dari harga rumah tu tapi kita miliki rumah itu 100% dan bayar fee bulanan dari peratus yang kerajaan miliki tu.
Peratusan tu kerajaan akan DAHULUKAN wangnya pada pemaju jadi kalau harga rumah tu £100 000 kan dan kerajaan bantu beli ekuiti sebanyak 30% jadi kerajaan akan bayar kat pemaju £30000.
Jadi jumlah yang perlu dibayar pada pemaju hanya £70000 sahaja.
Dari situ kalau kita kena bayar deposit 10% baru £7000 sahaja. Bakinya kita ambil loan dan bayar ikut tempoh macam biasa.
Jadi kan lebih murah kos permulaan memiliki rumah kan?
Jadi yang didahulukan £30 000 tu kita boleh tebus bila kita ada duit dari masa ke semasa. Nak tebus 5% dulu ke berapa ke terpulang.
Kalau kita tak tebus kita kena bayar fee pada kerajaan yang sikit sahaja jumlahnya atas ekuiti tu. Itupun hanya selepas 5 tahun. Kalau jumlah £30 000 tu bayarnya dalam £30 kot sebulan sampai kita habis tebus ekuiti tu.
Soalannya di mana untungnya kerajaan kalau macam tu kan?
Dah namanya kerajaan memanglah kena bantu rakyat kan?
Jadi keuntungan BUKAN motif utama tapi ini tanggungjawab sosial Kerajaan pada rakyat untuk mampu memiliki rumah sendiri:-)
Cuma sebagai pemegang ekuiti, jika kita jual rumah tu dan peroleh keuntungan dari hasil jualan maka kita kena pulangkan peratusan keuntungan jualan tu ikut jumlah ekuiti yang dimiliki kerajaan atas rumah kita.
Okay macam ni. Katalah kita ambil contoh yang sama macam tadi tu kan;
Harga rumah £100 000
Ekuiti kerajaan 30% - £30000
Komitmen kita - £70000
Lepas 3 tahun kita jual pada harga £150 000
Ada keuntungan £50 000 kan?
Jadi sebab kita belum tebus ekuiti tu dari Kerajaan maka kita kena SHARE untung jual rumah tu ikut ekuiti yang belum ditebus.
Jadi kalau 30% maka kita kena pulangkan 30% dari untung tu pada kerajaan so £50 000 (untung) x 30% = £15 000 yang kena kita pulangkan.
Tapi kalau sepanjang 3 tahun tu kita dah redeem ekuiti kita 10% ke atau 20% ke kita pulangkan sikit ajalah pada bakinya.
Kalau kat Malaysia buat macam ni MESTI ramai rakyat boleh beli rumah kan?
Saya kongsikan link tentang pakej ni ya?
Sedang warga asing macam kamipun kerajaan bantu. Apatah lagi rakyat mereka sendiri
https://www.gov.uk/affordable-home-ownership-s chemes/ help-to-buy-equity-loans
p.s:
Sekarang ni pemaju perumahan kat UK pun dah mula perkenalkan pakej ni yang mana pemaju yang bantu pembeli untuk beli ekuiti ni tanpa bebankan kerajaan pun.
Gambar kat belakang tu rumah kami kat sini
Secebis England yang kami miliki
Banyak lagi cerita sebegini yang saya kongsikan dalam buku nukilan saya bertajuk Ulu Yam Di Liverpool.
Kalau berminat boleh jenguk di link ini ya?
http://on.fb.me/16xAbv9
Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202121021247404&set=a.1133557339496.22330.1244162167&type=1&relevant_count=1
Idea yang menarik pada aku. Tapi aku still berharap kerajaan boleh buat dua langkah utama iaitu ;
1. Jadi grantor pada pembeli rumah kali pertama. Supaya BANK dapat luluskan bank tanpa banyak citer. Juga permudahkan urusan deposit, kalau boleh rendahkan urusan deposit dan lebih baik jika deposit dapat ditolak terus dari KWSP.
2. Kawal harga rumah, kawal pemaju, pantau spekulasi harga dan buat skim 1 family 1 rumah.