PDRM Akan Menghalang Kemasukan Abu Chin Peng Habis-Habisan.
Lihatlah seperti apa yang dikatakan oleh status KPN yang dikemaskinikan menerusi laman twitter rasminya. Bersemangat. Berkobar2. Bersungguh2 menghalang kemasukan abu mayat Chin Peng. PDRM akan mengawal semua sempadan masuk ke Malaysia dengan melakukan pemeriksaan yang lebih rapi bagi menghalang sebarang kemasukan abu mayat Chin Peng.
Abu mayat Chin Peng mengikut warisnya, mereka mahu membawa pulang ke Malaysia, tanam di Setiawan namun nampaknya perkara tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Menurut mereka, Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan KEKEJAMAN CHIN PENG masih berbekas terhadap sesetengah POLIS dan TENTERA yang menjadi mangsa keganasan komunis. Bahkan waris2 mangsa kekejaman Chin Peng juga tidak menerima abu mayat Chin Peng untuk dibawa masuk ke Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Menteri Dalam Negeri, KDN, Zahid Hamidi.
Aku agak skeptikal dengan operasi PDRM neh. Bukan apa. Selama neh mereka gagal membendung penyeludupan demi penyeludupan. Sampai perkara tersebut menjadi sebab kepada menteri untuk menaikkan beberapa harga barangan di Malaysia termasukla harga minyak petrol dan diesel.
Sekarang mereka kata mereka bekerja keras mahu menghalang kemasukkan abu mayat Chin Peng. Entahla.. aku rasa ada banyak je strategi yang boleh digunakan untuk membawa masuk benda tue.
Hehe.
Apa pun kalau la dunia luar tahu benda neh, buat jadi modal gelak je la. Kena bahan. PDRM lawan abu mayat?
Aduhai..