t>

Breaking News

Keluarga Arwah Ustaz Azizan Mahu Muhyiddin Yasin Mohon Maaf.


Memang silap Muhyiddin Yasin yang tak peka pada sensitiviti. Inikan PRK SG Limau yang membabitkan kedudukan arwah secara langsung. Ko kempen pula dengan mengaitkan isu arwah dengan kencing manis pasal pengurangan subsidi gula.

Memang la tak kena gaya.

Nasihat tak salah. Cuma tengokla situasi. Lagi satu alasan kencing manis ke nak jaga kesihatan rakyat kwe apa ke itu seme alasan2 yang memperbodohkan minda rakyat je. Kalau sungguh pentingkan rakyat rokok dah lama diharamkan. Tapi still jual juga. Kalau betul nak bagi kebajikan pada rakyat baik buat benda2 penting seperti penambahbaikkan sistem pendidikan negara ke, kurangkan cukai kereta ke, tingkatkan kualiti pengangkutan awam  bandar dan luar bandar ke.. ada banyak lagi benda boleh ditambahbaik bagi menyediakan negara berkebajikan tapi ada ke dibuat? 

Tak juga.

Cakap2 mengarut macam neh orang bodoh je la percayaa.

Maaf la ek.

Untuk video mengenai ucapan Muhyiddin boleh klik sini.

Baca ;

Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan maaf secara terbuka.

Anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham, Muhammad Rafi’ie Azizan, 32, berkata, beliau berbuat demikian kerana berasa kecewa berhubung kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penyakit kencing manis dengan kematian sambil mencontohkan ayahandanya.

“Saya mewakili kedua-kedua bonda saya, adik beradik saya serta sanak saudara Allahyarham ayahanda begitu terguris hati dengan kenyataan dibuat oleh Muhyiddin ketika berkempen, 26 Oktober lalu, genap sebulan kembalinya ayahanda ke rahmatullah.

“Beliau yang menyandarkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gula dalam Bajet 2014 telah mengaitkan keputusan kerajaan tersebut dengan penderitaan Allahyarham ayahanda, berikutan prosedur pemotongan kedua-dua belah kaki Allahyarham akibat penyakit diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau tampil membuat kenyataan media kerana ucapan Muhyiddin telah menyentuh sanubari mereka sekeluarga yang masih bersedih kehilangan insan tersayang.

“Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui.

“Kehilangan Allahyarham ayahanda terlalu besar buat kami sekeluarga untuk dijadikan sebagai sandaran dan alasan bagi kenaikan harga gula oleh pihak kerajaan. Atas alasan apa sekalipun, dalam suasana pilu yang sedang kami sekeluarga hadapi, kami sekeluarga tidak dapat menerima ucapan dan sandaran beliau itu,” katanya.

Ini berikutan, kenaikan harga gula itu sebenarnya adalah untuk mengurangkan beban kerajaan dan bukannya untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes.

“Kami memohon supaya Muhyiddin dapat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua bonda saya yang tercinta, adik beradik saya dan sanak saudara, sama ada yang dekat mahupun jauh, yang telah tersinggung dengan ucapan itu.

“Muhyiddin tidak wajar sama sekali menyeret penderitaan Allahyarham ayahanda Azizan sebagai modal politik beliau," katanya.


Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/keluarga-azizan-mahu-tpm-mohon-maaf-1.215554