t>

Breaking News

Murid Di Melaka Tengok Lucah Di Sekolah Dan 'Romen' Budak 7 Tahun.

Ya Tuhan.

Berita apa je yang aku baru baca neh. Kejadian berlaku di Melaka dan ia sangat2 mengejutkan aku. Bayangkan tengok citer lucah kat makmal komputer di sekolah pula tue. Ini betul2 GILA !!!!

Kronologi ;

1. Kes melibatkan budak sekolah rendah.

2. Sorang umur 10 tahun darjah 4 sorang umur 8 tahun darjah 2.

3. Mereka neh pasangan adik beradik.

4. Mereka tengok citer lucah melalui komputer yang dipasang kat sekolah mereka.

5. Lepas dah tengok citer lucah tue, mereka nak tiru pula apa yang mereka dah tonton kat komputer tersebut.

6. Maka mereka pun mengajak la kawan perempuan mereka ke rumah, atas alasan nak tolong buat kerja rumah.

7. Kawan tu pula umur 7 tahun.

8. Menurut ibu kepada kanak2 wanita tersebut, anak perempuan nya telah 'diromen' oleh pasangan adik beradik itu ketika berada di rumah mereka.

9. Sumber memberitahu kepada The Star bahawa laman pornografi itu boleh diakses melalui komputer di sekolah tersebut kerana kegagalan pihak sekolah setkan sistem sekuriti yang ketat. Tak block pun site2 porno, lucah dan sebagainya menyebabkan sesiapa saja boleh mengaksesnya dengan mudah.

10. Don't jump into any conclusion konon2 nya budak2 neh pandai layari sendiri laman web macam tue. Actually iklan, link dan porno neh bersepah2 even di facebook pun. Budak2 yang tatau apa2 mungkin terklik dan akhirnya dibawa ke satu laman khas pasal pornografi. Macam2 kes boleh berlaku beb.

Berita penuh boleh dibaca kat sini, versi english ==> http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/02/Two-brothers-force-Year-One-girl-to-perform-oral-sex.aspx

Menakutkan, memang menakutkan. 

Di saat teknologi membantu memudahkan kehidupan kita, kita pula ditimpa satu masalah baru iaitu penyebaran porno dalam bentuk digital pula.

Ini betul2 merosakkan akhlak kanak2 neh.

Kalau mereka tak tengok, mereka takan tahu dan takan tiru. Kadang2 iklan2 kat tv pun merepek2 juga. Itu tak maksud drama2 melayu pula. Yang aku heran tv kita neh bab drama omputih punyalah fitler bagai. Tapi bab drama melayu especially filem2 melayu, ada je aksi2 macam tue dibiarkan lepas. Ini kan tak elok bagi untuk perkembangan akal budak2 zaman sekarang ?

Memang bahaya la kalau sampai budak 8 tahun pun terlibat dalam kes macam neh. Dasat, dasat. Ini betul2 dasat.