Bekas Isteri Buat Rayuan Terbuka Agar Papa Gomo Pulangkan Anak.
Dah lama dah. Sampai sekarang tak dapat jumpa2 lagi. Agak2 la oi. Kenapa nak pisahkan seorang ibu dengan anak2 nya sendiri? Pisahkan satu hal, fitnah pula bekas isteri macam2 satu hal. Maaf cakapla, aku tak percaya langsung satu apa perkataan yang papa gomo sebutkan di mana2 media ataupun blog. Pasal dah terbukti banyak kali dia menfitnah. Bukan sekali dua, tapi banyak kali.
Memang BODOH la kalau ada sesiapa masih mempercayai keterangan2 papa gomo tue. Bukan saja terkenal dengan suka menipu, berbohong bahkan menfitnah, juga suka menjaja citer lucah, seks dan mengedit2 benda yang takde, tetapi sengaja mengada2kan benda tue supaya mana2 pemimpin PR yang dia nak jatuhkan terkesan dengan fitnah2 tersebut.
Yang aku heran.
Sendiri edit, sendiri fitnah, sendiri sakit ahti, sendiri sumpah seranah dan sendiri bermati2an mempertahankan atas nama Allah, Islam dan negara?
Biar betul orang macam neh? Aku siyes tak faham. Tak takut dengan tuhan ke apa?
Baca bawah neh rayuan bekas isteri Papa Gomo ;
“Tolonglah pulangkan Sandran dan Lily. Saya amat rindukan mereka. Sepatutnya kita selesaikan masalah ini secara adil bukan dengan melarikan mereka,” luah hati seorang ibu, Bellina Omar Shaifuddin Chin, 28, kepada bekas suaminya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, yang juga seorang blogger terkenal.Katanya, tindakan bekas suaminya melarikan dua anak perempuan mereka Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, setahun, boleh disifatkan sebagai perbuatan kejam memandangkan mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.Menurutnya, pada 4 Februari lalu, dia menyerahkan Sandran dan Lily kepada bekas suaminya itu selepas meminta kebenaran membawa kedua-dua anak mereka pulang ke kampung halaman di Taman Universiti, Johor Bahru selama tiga hari.Bagaimanapun, selepas tiga hari, bekas suaminya mendiamkan diri, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi sehingga memaksanya membuat laporan polis.“Saya sudah agak mesti ada sesuatu buruk akan berlaku. Tapi, bila mengenangkan anak masih kecil dan memerlukan kasih-sayang seorang bapa, saya benarkan mereka berjumpa ayah mereka.“Dia (bekas suami) selalu mungkir janji kerana menghantar anak lebih daripada waktu dijanjikan, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihat mereka,” katanya yang bercerai dengan bekas suaminya pada September tahun lalu. Menurut Bellina, selepas seminggu, dia pergi ke pejabat bekas suaminya itu di Danau Kota, Setapak untuk mencari kedua-dua anaknya selepas gagal mencari mereka di rumah tidak jauh dari pejabat itu. -1/10/13“Sebaik tiba di pekarangan pejabat, saya nampak bekas suami, anak dan isteri barunya di dalam kereta. Saya cuba hampiri kereta itu, tapi gagal kerana bekas suami mengarahkan hampir 10 lelaki menghalang saya.“Kami bergelut dan saya berjaya merampas anak sulung. Kemudian bekas suami menunjukkan surat hak penjagaan sementara yang dikeluarkan mahkamah tanpa pengetahuan saya.“Saya terkejut bila mendapat tahu bekas suami memfitnah saya bagi mendapatkan hak penjagaan sementara itu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan apabila bekas suami memalukan saya di laman sosial dan Internet, tapi tidak sangka dia buat begini pula,” katanya.Berikutan itu, Bellina membuat hampir 20 laporan polis untuk mendapatkan semula hak penjagaan kedua-dua anaknya.“Kalau betul apa yang bekas suami beritahu hakim mengenai cara saya mendidik anak, saya mahu dia membuktikannya. Anak sulung saya pandai mengaji, malah pernah memenangi pertandingan bayi pintar ketika usia dua tahun.“Saya sayang Sandran dan Lily dan tidak pernah mahu menghancurkan masa depan mereka seperti dikatakan. Hanya Tuhan tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka,” katanya.“Saya juga tidak mahu bergaduh atau mengaibkan mana-mana pihak. Bekas suami juga sudah berkahwin lain seminggu selepas perceraian kami dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada keluarga barunya,” katanya.Menurutnya, dia merayu agar bekas suaminya memulangkan semula anak dengan cara baik dan menyelesaikan persengketaan yang berlaku demi masa depan kanak-kanak itu
Kat bawah neh pula jawapan Papa Gomo ;
“Kalau awak mahukan keadilan, begitu juga saya. Saya akan perjuangkan habis-habisan demi akidah anak,” kata Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30.
Menurut Azri, selepas bercerai September tahun lalu hingga Januari, dia berpeluang bertemu anaknya tujuh kali saja.
“Bayangkan macam mana perasaan saya apabila dia (bekas isteri) tidak membenarkan saya bertemu dengan Sandran dan Lily. Dia pergi mahkamah minta surat perintah tidak membenarkan saya mendekati rumah dengan alasan saya menggunakan keganasan rumah tangga.
“Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah menjentik telinga dia. “Dia selalu menggunakan perkataan ‘pinjam anak’ setiap kali saya ambil anak, seolah-olah saya tidak ada hak ke atas mereka,” katanya kesal.
Azri berkata, keadaan keluarga bekas isteri yang kurang menitikberatkan soal agama Islam memaksanya mengambil semula kedua-dua anaknya yang masih kecil.
Katanya, pengalaman enam tahun menjadi sebahagian ahli keluarga kepada keluarga bekas isterinya itu banyak mendedahkannya kepada gaya hidup yang tidak sepatutnya diterap kepada anak kecil.
“Saya sayang saya dan mahukan yang terbaik buat mereka. Saya sudah banyak bertolak-ansur, tetapi dia menuduh saya macam-macam,” katanya.
Nampak tak dua jawapan yang berbeza?
Satu pihak cuba selesaikan cara baik dan minta hentikan tuduhan2 rambang. Satu pihak berterus-terusan menuduh dan memburuk2kan pihak lain. Pihak papa gomo surely ada masalah. Bukan saja baru bercerai seminggu terus kahwin baru, bahkan guna 10 lelaki untuk halang bekas isteri untuk bertemu dengan anak2 sendiri. Sekarang kalau betul dia di tempat yang benar, kenapa tidak lawan guna undang2 juga? Kenapa perlu sorokkan anak2 sendiri?
Bab2 rumahtangga orang neh orang luar macam kita tak patut masuk campur secara keterlaluan. Cukupla sekadar bagi nasihat untuk jernihkan keadaan, bukan keruhkan situasi. Sebab tue aku cadangkan papa gomo, pulangkan balik budak2 tersebut ke pangkuan keluarga. Sayangla budak tue bersama2 sebab itu anak2 korang berdua juga. Yang dah lepas tue, lepasla. Ko pun boleh buat anak baru dengan bini baru. Fikir2 sama apa perasaan bini baru ko tue. Buat apa heret dia dengan permasalahan ko dengan bekas isteri ko. Boleh selesai cara baik apa. Tengok macam Nora Danish, Fasha Sanda, Abby Abadi dengan Memey Suhaiza. Semua oke. Berbaik2 je. Jangan panjang2kan cerita. Panjang2kan cerita hanya akan menyakitkan ahti seme pihak. Fikir2 sama perasaan anak2 ko tue. Dorang perlukan ibu dorang juga.
Oke bai.