Penyokong Pahang Maut Dibelasah Penyokong JDT? - Polis Pahang Tampil Menafikan Maklumat Tersebut.

Rupa2nya itu adalah maklumat palsu. Rupany2 tiada mana2 penyokong Pahang maut dalam satu insiden pergaduhan antara fans JDT dengan fans Pahang. Alamak aiii.. sapa pula yang dok kata ada kematian tue? Siap cakap sorang dah meninggal bagai. Aduhai.. tak pasal2 JDT kata satu Malaysia anti mereka padahal kita cuma anti orang2 yang taksub semacam aje.

Baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Pahang. Harap2 berita mengenai kematian tue dapat dihentikan dengan kadar segera..
Dan, untuk rekod, yang sebarkan gambar2 tue, kalau korang nak tahu, acc facebook dia dah lenyap. Dah kenapa? Dua benda yang dia buat disitu.
1. Sebarkan gambar2 berbaur provokasi.
2. Sebarkan ia seolah2 macam dia tue penyokong JDT.
Nampak tak sesuatu disitu? Hantu betul. Kenakan orang tak pasal2.
Baca ;

Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.
“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial.
“Provokasi seperti ini tidak harus terjadi dan ia wajar dihentikan kerana boleh menjurus kepada pergaduhan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, polis hanya menerima empat laporan berkaitan pergaduhan yang berlaku di Kuantan serta Pekan dan siasatan terperinci masih dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman turut menafikan perkara yang sama dan meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan perkara itu di laman sosial.
“Tohmahan dan dakwaan itu tidak benar malah ada beberapa gambar yang dimuat turun di laman sosial itu juga adalah palsu.
Perkara ini harus dihentikan segera kerana ia bakal mengundang kemarahan masyarakat khususnya peminat bola sepak negara kita selain boleh menyebabkan pergaduhan berpanjangan,” katanya.
Jumaat lepas berlaku provokasi antara penyokong dua pasukan itu selepas tamat perlawanan Liga Super mengakibatkan berlaku pergaduhan di luar Stadium Darul Makmur dan hadapan IPD Pekan sehingga mencederakan beberapa orang penyokong dan orang awam.
Polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan dan mengawal situasi berkenaan sebelum semua penyokong JDT kembali menaiki bas diiring pulang ke Johor.  – BERNAMA
Polis Nafi Penyokong Pahang Mauthttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/jdt-kena-baling2.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/jdt-kena-baling2-150x150.jpgMyNewsHubmySukanUtama
KUANTAN - Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung...
KUANTAN - Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu. "Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial. "Provokasi seperti ini tidak harus terjadi dan ia wajar dihentikan kerana boleh menjurus kepada pergaduhan," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata, polis hanya menerima empat laporan berkaitan pergaduhan yang berlaku di Kuantan serta Pekan dan siasatan terperinci masih dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman turut menafikan perkara yang sama dan meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan perkara itu di laman sosial. "Tohmahan dan dakwaan itu tidak benar malah ada beberapa gambar yang dimuat turun di laman sosial itu juga adalah palsu. Perkara ini harus dihentikan segera kerana ia bakal mengundang kemarahan masyarakat khususnya peminat bola sepak negara kita selain boleh menyebabkan pergaduhan berpanjangan," katanya. Jumaat lepas berlaku provokasi antara penyokong dua pasukan itu selepas tamat perlawanan Liga Super mengakibatkan berlaku pergaduhan di luar Stadium Darul Makmur dan hadapan IPD Pekan sehingga mencederakan beberapa orang penyokong dan orang awam. Polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan dan mengawal situasi berkenaan sebelum semua penyokong JDT kembali menaiki bas diiring pulang ke Johor.  - BERNAMA

Share this :

Previous
Next Post »