JKM Takde Wang, Pusat Zakat Tak Layan - Must Read !!!
JKM takde wang? Tertunggak bantuan yang perlu disalurkan kepada mereka2 yang fakir dan miskin disebabkan JKM takde wang? Kerajaan belum salurkan wang kepada JKM negeri lagi. Kenapa ek? Pada pendapat aku, kalau benda neh sampai melibatkan orang tak dapat makan minum, bayar bill dan sebagainya, ia tak patut dibiarkan berlanjutan.
Dan yang menyedihkan. Bila baca luahan kat bawah neh. Pegawai pusat zakat bohlayan aje orang minta bantuan makanan? Hak eney.. kurang ajar betul la cara dorang melayan fakir2 miskin kat negara neh. Ingat kerja pegawai pusat zakat tue dah cukup hebat ke?
Baca bawah ;
Petang 9 Februari 2014, saya bersama isteri singgah Solat di Masjid Al-Bukhari, selepas Solat saya terjumpa seorang perempuan bersama dua orang anak sedang duduk di bawah wakaf berhampiran perkuburan.
Anak-anaknya bermain di kawasan perkuburan. Saya memberi salam dan bertanya perkabarannya, kerana melihat wajahnya yang sugul macam ada sesuatu masalah. Munurut katanya, dia telah pergi ke Pejabat JKM bertanyakan bantuan RM150.00 sebulan tertonggak 2 bulan.
Wang tersebut dia guna membayar bil eletrik beransur-ansur peninggalan ayahnya yang tertonggak. Pihak JKM bagi tahu tonggakan tersebut akan dibayar dalan bulam Mac kerana pihak mereka menghadapi kekurangan wang dari kerajaan.
Pegawai JKM minta dia ke Jabatan Zakat untuk minta bantuan makanan. Ketika dia ke Jabatan Zakat, ketika itu dia terjumpa pegawai yang sudah biasanya dan dia minta bantuan segera RM50.00 untuk membeli beras dan makanan hari ini. Menurutnya, pegawai tersebut tidak melayannya. Ketika itu saya minta no. tel pejabat zakat dan saya cuba hubungi seorang pegawai bertanya mengenai masalah kes keluarga ini.
Pegawai tersebut mengatakan, keluarga ini perlu mendapat sokongan ketua Amil dalam kariah masjid Telok Cengai, jalan Kuala Kedah. Saya bagi tahu pegawai tersebut, selepas saya selesai segala urusan saya akan saya jumpa Amil Zakat tersebut. Ketika itu saya hulur wang bantuan peribadi sebanyak yang dia perlukan untuk membeli beras dan lain-lain keperluan. Nanti saya akan pergi kerumahnya. Saya minta dia pulang segera untuk membeli keperluan dan jangan salahguna bantuan tersebut. Setelah saya selesai urusan di MAAHAD DERANG, saya hubungi seorang sahabat yang hendak jumpa saya Ahmad Syairozi Atiqullah Ghazali, Pengerusi Sukarelawan Ashabul Al-Kahfi untuk ikut saya belajar bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu isu.
Kami telah ke rumahnya melihat dari dekat untuk mendapat perkembangan kehidupan mereka. Selepas itu saya ke Kariah Masjid Telok Cengai, Jalan Kuala Kedah Solat Maghrib dan jumpa Setiausaha Masjid Encik Fadzil Abdullah dan Ketua Amil (Siak Masjid), Abdul Rani Abdullah (Pak Dun). Ringkasnya, dia tidak mahu menyokong untuk mendapatkan sokongan Amil kerana suami perempuan ini (Siam Masuk Islam @Muallaf) kerana tidak datang solat di masjid dan lain-lain alasan yang diberikan tak perlu saya sebut di sini. Alasan yang saya bagi, bantuan zakat mengikut asnaf satu hal, kemudian adakah pihak masjid sudah dekati keluarga ini untuk sampaikan mesej dakwah. Panjang perbincangan kami dengan pelbagai cadangan yang saya beri dari pendekatan dakwah.
Antaranya, kebanyakan sumbangan zakat faqir miskin yang jabatan zakat berikan adalah mereka yang miskin amal ibadah dan ilmu. Cuma masalah kita, pihak Amil dan Masjid tidak turun padang menziarahi keluarga yang diberikan zakat untuk menyampaikan mesej dakwah. Kebanyakan pegawai dan ajk masjid memberikan alasan anak kariah tak hadir masjid tidak perlu bagi bantuan. Tetapi pegawai dan ajk masjid tidak pernah ziarah dakwah mereka ini. Mereka yang diamanahkan mengurus masjid hanya tunggu orang datang.
Sumber : https://www.facebook.com/bulanagama/posts/10151932118662335
Yang nak bayar zakat terus kepada fakir2 miskin boleh terus klik link di atas.
Sebak pula bila tengok gambar2 di atas, lebih2 lagi dalam rumah dia. Haizh.. pening aku.. peningg..