t>

Breaking News

FBI Siasat Isteri Pilot #MH370 - Luahan Anak Kapten Zaharie.

Inila bentuk ganguan2 yang mereka alami sejak insiden MH370 terjadi kat negara neh.

1 . Keluarga kapten Zaharie perlu menyembunyikan diri sebab media asing dan tempatan tak henti2 muncul depan rumah dorang.

2. Saudara mara terdekat kapten Zaharie juga perlu mengelakkan diri dari pihak media asing dan tempatan. Sampai ke kampung depa jejak. Tapi sedara mara Zaharie enggan beri kerjasama. Bahkan orang2 kampung pun ada yang marah dan malas melayan.

3. Rumah kapten Zaharie diselongkar untuk membantu siasatan insiden MH370.

4. Kapten Zaharie dikutuk secara meluas oleh media asing dan bloggers2 tempatan kerana ada kaitan dengan DSAI dan PKR.

5. Kapten Zaharie dipersalahkan secara meluas melalui beberapa laporan luar negara dan dalam negara.

6. Dan yang terkini, FBI mahu menyiasat isteri kepada kapten Zaharie. 

Atas sebab apa ek? Katanya perhubungan yang tidak baik antara Zaharie dan isterinya mempengaruhi kapten Zaharie. Kemungkinan besar kapten zaharie berada dalam situasi - tidak ingin terbang.

Dan keadaan ini mungkin menjadi punca utama kepada kehilangan MH370 secara misteri.

Fulamakkkk..

Suka2 aje buat andaian macam neh.


Selain dari perhubungan nya dengan isterinya yang renggang walaupun tinggal serumah, kapten Zaharie juga akan disiasat secara menyeluruh kerana ada kaitan (hubungan kekeluargaan) dengan DSAI dan PKR.

Hish hish hish..

Atas sebab apa kita perlu membiarkan FBI menganggu privacy keluarga kapten Zaharie ek? Apa pula tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kita dan MAS ek? Apakah sudah tidak cukup lagi tekanan demi tekanan yang mereka terima kerana menjadi ahli keluarga kapten Zaharie?

Bukanla melarang siasatan dijalankan. Jika ia dapat mengenalpasti punca kejadian. Ia dialu2kan. Tetapi seelok2nya cari dulu kotak hitam dan bangkai pesawat. Ini dok speculate sana speculate sini buat apa?

Ini pula luahan dari anak Kapten Zaharie. Anak bongsu. Lelaki. Umur 26 tahun. Dalam gambar neh dia bersama mak dan kakak dia. Faizah Khanum Mustafa Khan dan Aisyah Zaharie.


Ahmad Seth, anak bongsu Kapten Zaharie meluahkan rasa setelah menyepi berhari2 dari ditemubual oleh media massa dalam dan luar negara ;

1. Dia membaca semua jenis laporan2 mengenai bapanya di internet.

2. Dia kenal bapa dia, bapa dia tidak sama sekali menjadi punca/penyebab kepada insiden MH370.

3. Ahmad Seth menyebut dia abaikan semua pekulasi2 liar yang mengaitkan bapa dia sebahagian dari komplot kehilangan MH370. Lagipun tak terbukti.

4. Dia dah lama terima dan redha mengenai (kematian bapanya) pengakhiran MH370.

5. Itula yang mereka jangkakan selepas berhari2 telah berlalu.

6. Cuma yang mereka harapkan sekarang neh ialah bukti untuk memuktamadkan kenyataan itu. Selagi takde bukti yang bersabit mengenai kehilangan (terhempas + mati) mereka takan terima.

Untuk rekod, penyiasat luar negara (USA) beranggapan ketika ini kemungkinan besar kapten Zaharie satu2nya individu yang bertanggungjawab atas kehilangan MH370 secara misteri.

Walaupun Ahmad Seth tak tunjukkan emosi apa bagai bila meluahkan rasa kecuali rasa sebak sekali sekala.. tapi ia tak membuktikan bahawa dia tak rasa sedih bila ada orang maki hamun dan kutuk2 bapa dia kat media internet.

Berpada2 la semua.

Menuduh memang senang. Menaip kutuk2 orang memang mudah. Tapi bila ko atau ahli keluarga ko sendiri kena macam yang dorang neh kena baru ko tahu betapa tak adilnya layanan orang luar terhadap mereka. Sikit2 nak salahkan pilot. Kot ye pun tunggu la penemuan kotak hitam dan juga bangkai pesawat. Tak adil buat penilaian berat sebelah macam neh okay.

Bai.

Rujukan : http://www.nst.com.my/nation/general/i-know-my-dad-well-1.534266