t>

Breaking News

Shila Amzah Jadi Mangsa Maki Hamun Warga China.

Adoi.

Sabar la Shila Amzah. Memang biol juga difikir2kan. Kalau yang maki hamun tue ahli keluarga mangsa ada logik la juga. Ini orang yang takde kena dengan ahli keluarga mangsa. Lebih2 pula dorang menyeru boikot kita la boikot MAS la apa la.

Apa pun tak boleh.


Orang China neh tak faham kot.

MH370 ialah kemalangan udara. Siapa yang suka kemalangan? MAS suka? MAS seronok sangat nak jejaskan kredibliti dan imej syarikat sendiri?

Ada akal gunakan lah untuk berfikir dengan rasional yer. Shila Amzah neh tak bersalah, rakyat Malaysia pun tak bersalah, begitu juga dengan MAS especially kakitangan2 MAS. Mereka tak bersalah bahkan mereka dah layan ahli keluarga mangsa sebaik2 yang boleh walaupun kena baling botol apa semua. Tak fikir ke yang dorang pun mangsa keadaan kat sini?

Sudah la pesawat hilang.

Rakan sejawat pun hilang sama.

Kena maki lagi.

Kena tuduh2 lagi.

Kena baling botol lagi.

Kena hadap dengan persepsi masyarakat lagi.

Apa lagi yang dorang tak terima? Sudah2 la tue serang orang yang salah. Shila Amzah, MAS dan rakyat Malaysia adalah mangsa. Sepertimana warga China yang hanya angin satu badan disebabkan mendapat maklumat2 yang2 kurang dan ada di antaranya bercanggahan satu sama lain seperti itulah kami disini alami keadaan yang sama. Orang lain yang buat salah, orang lain pula yang kena marah.

BODOH SANGAT KORANG TUE.

Baca ;

Sudah menjadi pengetahuan terbuka kebencian rakyat China terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat China tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, laman sosial nombor satu China Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat China yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.

Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat China yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality."

"As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"

"Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you."

Rujukan : http://omakkau.blogspot.com/2014/03/tragedi-mh370-penyanyi-shila-amzah-di.html