MAS Kena Saman Dengan Salah Seorang Ahli Keluarga Mangsa Pula Dah..



Kena saman pula dah.

Saman tersebut bukan atas sebab PESAWAT MAS HILANG ataupun sebab anak dia terkorban. Sebaliknya saman tersebut adalah bertujuan MALAYSIA DAN MALAYSIA AIRLINES dituntut untuk kemukakan ataupun dedahkan bukti2 berkaitan rekaan dan pembuatan pesawat tersebut yang memungkinkan kemalangan udara berlaku pada 8 March 2014.

Yang buat pesawat tue kan Boeing.

Jadi, dari segi rekaan dan pembuatan MAS kena dapatkan dari BOEING la kan?

Ke macam mana?

Aku rasa semua ahli keluarga tengah sakit ahti sekarang neh sebab takde apa2 penemuan, not even bangkai pun tapi dan2 umumkan mereka semua 'disahkan' tidak dapat diselamatkan oleh MAS Airlines. MAS mungkin taknak mereka semua pasang harapan lama2. Aku rasa MAS pun tertekan. Semua pihak tertekan sekarang neh. Tatau nak cakap apa dah.

Lagi satu, aku suka nak tekankan firma guaman yang mewakili Januari Siregar yang mana anak lelaki kesayangan dia Firman Chandra Siregar ialah dari USA.

Baca ;

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan pengeluar pesawat Boeing 777 yang digunakan untuk penerbangan MH370 kini berdepan dengan tindakan mahkamah.

Laporan Reuters menyebut, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu.

Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters.

Peguam yang mengetuai kes tersebut, Monica Kelly dalam laporan itu menyebut, pemfailan berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga penumpang terbabit ke atas MAS dan Boeing.

“Kita percaya kedua-dua defendan yang dinamakan bertanggungjawab ke atas bencana yang menimpa penerbangan MH370,” katanya.

Pesawat Boeing 777 gagal dikesan tidak lama selepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu menyimpulkan, penerbangan pesawat berkenaan berakhir di tengah perairan selatan Lautan Hindi, di kawasan terpencil yang jauh dari sebarang daratan.

Pihak berkuasa MAS turut mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam penerbangan tersebut dipercayai telah meninggal dunia. -MKINI-

Share this :

Previous
Next Post »