MAS Berdepan Risiko SAMAN Dan Gantirugi Dari Masyarakat Antarabangsa.


Jika kalah saman, kena bayar tuntutan saman.

Gantirugi dah tentu2 kena bayar sejak kehilangan #MH370. MAS akan jadi menjadi satu sejarah di negara ini jika gagal tanggani konflik terbesar dalam sepanjang era penubuhan MAS.

Untuk rekod, MAS sedia ada pun ada masalah kewangan berikutan rugi selama bertahun2. MAS rugi bukan kerana kekurangan ataupun kehilangan pelanggan. Tetapi disebabkan ;

1. Keuntungan yang diperolehi tidak dimanfaatkan dengan 'secekapnya'.

2. Keuntungan yang ada tidak dapat menampung kerugian akibat tender2 dan projek2 berat sebelah, keputusan dan perjanjian perniagaan yang diperlihatkan tidak transparent, aliran wang dan modal yang tidak transparent, pembiayaian, pembelian dan gantirugi yang tidak sepatutnya dibuat tetapi dimeterai juga sehingga menjejaskan keuntungan dan aliran modal MAS.

Dan kini bertambah pula dengan insiden MH370 kita mungkin akan berhadapan dengan dua perkara ;

1. Samada MAS terus tutup, bankrupt, rugi akibat kehilangan kepercayaan dari pelanggan dan rakan perniagaan ;

Ataupun 

2. Menyaksikan MAS dijual kepada pihak lain, rebranding menjadi syarikat lain, dimiliki oleh orang lain, bukan lagi menjadi milik negara ini ataupun menjadi salah satu aset perniagaan yang boleh dibanggakan negara kita.

Rakyat di negara ini perlu memilih memandangkan sebahagian besar saham MAS dimiliki oleh KHAZANAH NASIONAL yang mana modalnya datang dari cukai rakyat marhaen.

Samada mahu membiarkan aset negara ini bertukar milik atau rugi ataupun, kita lakukan reform dari segi barisan pentadbiran sekaligus mengembalikan MAS kepada kedudukan yang lebih baik.

Baca ;

Dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 masih belum ditemui sehingga ini, para peguam berkata MAS terdedah luas kepada potensi tindakan undang-undang dari keluarga para penumpangnya.

Peguam yang berpejabat di Brisbane, Joseph Wheeler menjelaskan bahawa di bawah Konvensyen Montreal 1999 (dikemaskini pada 2009), syarikat penerbangan bertanggungjawab membayar pampasan bagi kehilangan yang terbukti sehingga RM570,820.
Untuk menangkis saman yang menuntut gantirugi melebihi RM570,820, maka konvensyen tersebut menyatakan bahawa MAS perlu membuktikan di mahkamah bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan kecuaian sendiri, atau pihak ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadapnya.

Di sinilah di mana MAS mungkin berdepan dengan masalah.

"Bukti itu tidak ada untuk berhujah bahawa mereka tidak bersalah Mereka tidak boleh berhujah bahawa sesuatu yang lain yang bersalah seperti komponen pesawat atau pengeboman pengganas - sesuatu yang tiada dalam kawalan mereka," katanya.

Tanpa penemuan sebarang serpihan pesawat, tambahnya, MAS tidak ada peluang untuk berhujah mempertahankan dirinya.

Malaysia menandatangani Konvensyen Montreal mengenai liabiliti sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan kargo udara, bagasi, atau penumpang. Anak kapal, sebaliknya, dilindungi oleh skim pampasan pekerja. -MKINI-

Share this :

Previous
Next Post »