t>

Breaking News

Kemalangan Biasa Dituduh Merompak - Kosmo Fitnah Orang Lagi.





 


Loporan Kosmo hari neh berita yang ditulis betul tetapi gambarnya lain. Gambar 1 kemalangan yang berlaku di Sungai Petani dan difahamkan keluarga mangsa kemalangan nak ambil tindakan kat paper kosmo.


Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=815607958467724&set=p.815607958467724&type=1



Adik Utusan buat hal lagi. 

Cerita berkaitan kemalangan tue betul.

PEROMPAK MATI DALAM KEMALANGAN JALANRAYA SELEPAS MELAKUKAN ROMPAKAN.

Maklumat awal kejadian samun di alamat No 30 Jalan Warisan Indah 8/16, Kota Warisan...Suspek (3) lelaki di percayai bangsa Melayu telah menaiki 2 buah motosikal telah masuk ke rumah mangsa dan acukan parang paad mangsa.

Semasa kejadian pagar dan pintu rumah dalam keadaan terbuka.. perompak berjaya membawa lari wang tunai dan barang-barang kemas .Jumalah kerugian belum dapat dipastikan lagi. Secara kebetulan, kejadian rompakan itu telah dilihat oleh jiran mangsa menyebabkan jiran mangsa terus kejar perompak-perompak tersebut.

Apabila sampai di suatu simpang jalan lampu isyarat Genting Sayen , Banting salah sebuah dari motosikal tersebut telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta SUV. Perompak dilaporkan mati di tempat kejadian.


Dua bilah parang senjata yang digunakan untuk merompak telah tercampak di tepi jalan dan beberapa barang kemas dan wang dijumpai di kocek belakang perompak tersebut.





Rujukan berita dan gambar2 berkaitan perompak disini.





Aku malas nak upload gambar2 kematian perompak tue kat dalam blog neh. Seram pun ada. Nak tengok p klik link yang aku bagi di atas.





Tapi keluarga mangsa kemalangan di Sungai Petani tue rasa dianiaya.





Yelah, ahli keluarga mereka kemalangan. Bukan nya kemalangan selepas terlibat dalam rompakan. Bayangkan lepas baca, orang dalam gambar tue kena kutuk2. Tak kena angin satu badan dibuatnya.


KOSMO neh satu juga bangangnya. Kalau orang2 biasa pun boleh dapat gambar sebenar, takanla wartawan profesional tak reti2 nak dapatkan gambar berkaitan berita? Ini mesti main masukkan gambar aje ek? Nak ganti UTUSAN kumpul SAMAN terbanyak ke?





HAHAHAHAHA..