Gas Memasak Sah Naik Harga.


Nak tahu kenapa?

Ini sebab2nya ;


Baca jap ;


Berita Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia 2014 : 


 


Terbaru, siri gelombang kenaikan harga barang di Malaysia akan terus melonjak dengan dipacu dengan berita kenaikan harga gas asli bermula bulan hadapan Mei 2014 yang baru sahaja dimaklumkan sendiri oleh Petronas.

Suka atau tidak, bersedia atau tidak pemain industri, rakyat Malaysia perlu menghadapinya…

Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan gelombang inflasi yang pernah Berita Semasa laporankan (DI SINI) untuk tahun 2014 terus melonjak naik



Berita kenaikan harga gas asli bakal menyebabkan industri berat seperti pembuatan keluli akan terkesan. Dan ini bakal memberikan markah dan alasan untuk kapitalis REDHA dan pemain hartanah di Malaysia untuk terus melonjakkan harga rumah di Malaysia lebih awal sebelum GST dilaksanakan Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan kos tambahan kepada pemain industri berat sekurang-kurangnya sejumlah RM200 juta? Berdasarkan kesan rantaian yang berlaku, kepada siapakah akhirnya yang akan menerima kesan akhirnya? Peniaga makanan seperti biasa tidak akan mahu menyerap tekanan kenaikan kos operasi mereka, mahu atau tidak bebannya akan dicampakkan semula kepada pembeli dan pengguna



Bagaimana anda pula, kalangan ibubapa yang masak di rumah? Tong gas?



Ada lagi yang anda mahu tambah senaraiannya?



Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia : Kadar Harga Baru?



Sekarang ini pasaran harga gas asli dimonopoli oleh Petronas yang dijual :


 


pada harga RM18.35 setiap MMBTU sekarang ini
pada harga RM19.85 setiap MMBTU bermula bulan Mei 2014
harga gas asli di Malaysia akan naik setiap 6 bulan sekali selama tempoh 3 tahun



P/S : Berita kenaikan harga gas asli akan "muncul" semula 6 bulan daripada sekarang. Nantikan!

PP/S : Berita Semasa sama sekali tidak mahu menyalahkan Petronas. Ini kerana selama ini mereka "terpaksa" membiarkan taikun IPP merompak duit mereka hasil daripada pemberian subsidi gas asli kepada IPP 

Gaji Siswazah 2014 RM2500 Sebulan Tidak Cukup & Tertekan Dengan Kos Sara Hidup? Bagaimana Dengan Anda?
 

Sumber : Berita Semasa.

==============

Takpe2.

Negara kita neh aman makmur. Ada tak rakyat komplen buat demo menolak kenaikan harga gas memasak? Takde kan. Maksudnya rakyat sokong kenaikan harga la tue. Mungkin itula kata2 Hasan Malek yang akan keluar kat tv nanti.

Sama2 tunggu la ek.

HAHAHAHA..

Share this :

Previous
Next Post »