Kontroversi Kicap ABC Isu Cicak Dan Botol Arak - Orang Melayu Jangan Jadi BODOH NAK MAMPOS Boleh Tak?
BODOH NAK MAMPOS.
Apa2 yang BN nak sebar, jangan ko main sebar sebarangan. Amek tahu dulu kebenarannya. Pengalaman patut mendidik kita. In BN we cannot trust. Apatah lagi percaya membuta tuli. Lebih2 lagi bila depa selit atas nama ISLAM dan Melayu. Lagi sampai mampos korang tak boleh percaya. Atas nama Islam, UMNO akan bersihkan rasuah dalam parti. Atas nama Islam, kasino, kedai judi, kilang arak sudah pasti terkubur. Atas nama melayu sudah pasti orang2 melayu yang merempat angkara polisi double standard takan wujud lagi. Apa yang berlaku hanyalah atas nama kuasa, wang, politik. Buka mata, nilaikan. Jangan tipu diri sendiri. Tak perlu sokong PR untuk tahu kejahatan BN. Hanya perlu jadi rakyat dan teliti setiap perkara yang berlaku.
Baru2 neh anti dap sekali lagi buat posting berbaur racist. Fahamkan apa point yang aku nak bagitau neh.
Yang utusan update ;
Dan baca betul2?
Apa pula yang si anti dap update?
Baca ;
Menokok tambah benda yang tiada demi nak mewujudkan semangat perkauman supaya orang2 melayu dan orang2 cina jadi benci antara satu sama lain sedangkan mereka semua ialah rakyat Malaysia. Boleh kah kita hidup dengan harmoni jika semangat perkauman dilaung2kan?
Fikir.
1. Aku sokong sebarang usaha untuk membantu pengguna memilih hanya product2 yang bersih dan halal.
2. Aku sokong sebarang usaha untuk mempromosikan product buatan orang Islam.
3. Tapi aku tak boleh terima jika kita mengada2kan cerita yang tak benar.
4. Apatah lagi atas nama politik kita cuba mewujudkan permusuhan antara dua bangsa utama di negara ini : melayu dan cina.
5. Sebenarnya peniaga yang produce kicap ABC tue memang bermasalah pun.
6. Jika baca di Utusan dan di HM. Memang kedua2nya menyatakan kilang mereka bermasalah atas sebab botol arak digunakan untuk letak kicap yang akan dijual kepada para pelanggannya.
7. Bahkan mereka juga salahguna logo halal sedangkan product mereka tidak mendapat sijil halal dari JAKIM pun.
8. Selain dari itu aspek kebersihan juga menjadi isu utama di premis yang memproses kicap ABC.
9. Bayangkan. Kicap dituang dari botol ke botol tanpa mematuhi spesifikasi kebersihan yang sepatutnya. Dituang menggunakan cara manual. Yang mana boleh terdedah kepada kekotoran debu dan tangan yang memegang botol tersebut.
10. Serbuan dilakukan atas sebab ada aduan dari pengguna. Selepas terima aduan, risikan dilakukan selama 2 bulan untuk memastikan aduan tersebut benar2 benar sepertimana yang diterima oleh pengguna.
11. Dalam laporan berita tak sebut cina, india, melayu apa semua tak sebut. Tapi dalam posting anti DAP, dia sebut pasal bangsa. Dia tekankan isu BANGSA yang mana perkara itu akan mendorong kebencian kita terhadap satu2 bangsa. Ini sebenarnya tidak pernah direstui oleh Islam. Agama yang kita pegang dan kita anggap akidah sangat tue. Allah cipta semua jenis manusia tak kira bangsa atau apa. Semua sekali Allah cipta. Yang membezakan kita baik dan jahat. Bab2 bangsa neh takde isu langsung pun sebenarnya.
Tengok la apa yang depa tulis ;
Yang bangangnya puak2 PR pun ikut sebarkan. Bayangkan kalau ada geng2 berbangsa cina yang juga sekufu idelogi politik dengan korang tak ke geng2 korang akan rasa sentap dan mula simpan emosi secara terpencil disebabkan kecuaian korang dalam menyebarkan agenda perkauman BN?
Dorang akan klik link yang disebarkan.
Dorang akan baca.
Dorang akan cari tang mana satu berita melaporkan sepertimana yang korang sebarkan.
Dan dorang akan tertanya2.
Kenapa orang2 Islam macam neh?
Dan terima kasih la. Kerana menyumbang kepada kebencian terhadap bangsa melayu. Dan kita masih tertanya2. Apa salah kita umat Islam yang mendorong kebencian terhadap kita. Dan kita lupa. Setiap tindakan kita Allah nampak. Dan kita masih hairan. Kenapa teruk sangat balasan yang kita dapat. Sedangkan kita buat2 tak nampak. Bala itu kita yang mencari. Dan kita kata. Kita sayangkan tuhan. Sayangkan Islam. Tapi kita masih lagi enggan berubah dan belajar mencari kebenaran.
Itulah umat Islam.
Dan yang lebih teruk, umat islam yang membetulkan kesalahan berjemaah kita bersama2 ini juga akan dibenci oleh umat Islam yang tak faham2 situasi.
Apa lagi yang umat Islam mahu?
Tindakan membuka mata masyarakat mengenai peniaga yang lalai, cuai, pentingkan diri sendiri itu ialah tindakan yang betul. Mari. Mari kita bersama2 boikot product kicap ABC. Mari. Mari kita bersama2 cari apa lagi product yang depa produce supaya kita boleh boikot semuanya. Product yang kotor, yang tidak suci, tidak halal, yang tidak bersih, yang menipu dan manipulasi pelanggan, semua perlu kita boikot bahkan perlu bersama2 mengajak rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa untuk boikot juga kerana makanan yang bersih adalah hak setiap insan.
Namun jangan sampai kita mengada2kan perkara yang tidak wujud.
Ingat. Allah melarang fitnah. Fitnah itu tidak pernah benar sekalipun ke atas musuh Islam.
Fikir2kan.
Rujukan : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kilangkicap__8216_botolarak__8217_/Article
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130910/je_21/2000-botol-kicap-tiruan-guna-botol-arak-dirampas