t>

Breaking News

Nurul Izzah Pun Sambut Hari Ibu - Mufti Kata Hukum Sambut Hari Ibu, 'Harus'.

Adakah Nurul Izzah sudah menjadi kafir kerana meraikan hari ibu?

Wakaka.. 

Haram?
Syirik?
Berdosa besar?

Mungkin pengikut2 Ustaz Azhar Idrus yang berfahaman 'Pakatan Rakyat' akan berlapang dada dengan figura2 dari pembangkang mengenai hukum sambutan hari ibu.

Sebelum ini UAI mengatakan hukum sambut hari ibu haram, syirik, berdosa besar. Bahkan pengikut2 UAI ada yang kata sesiapa yang sambut hari ibu jatuh kafir (di ruangan komen). Dasat gila kau.

Rujuk first episode kat sini.



Ini penjelasan mufti ;

KUALA LUMPUR: Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak. 
"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?  "Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.

"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'. 

Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini. 

Mohamad Shukri berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah. 

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya. 

"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya. 

Mohamad Shukri berkata, walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa. 

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: 

"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu. 

"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. 

"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. 

"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu". - Bernama

Untuk lebih adil dan memuaskan ahti semua pihak aku cadangkan ;

1. Adakan muzakarah dan perbahasan terbuka mengenai sambutan hari ibu (untuk memberikan pencerahan kepada puak2 yang taksub berpendapat sehingga melarang pendapat yang berbeza).

2. Kemudiannya simpulkan satu keadaan mengenai hukum sambutan hari ibu berdasarkan permuafakatan dan perbahasan para ulama2 di Malaysia.

3. Kalau boleh libatkan semua. Yang bebas dan pro pembangkang pun boleh dilibatkan sekali. Jangan hanya babitkan ulama2 dari agensi kerajaan yang mana kita tahu kredibliti mereka kebanyakkanya sudah tercemar. Rata2 rakyat tidak berminat nak mematuhi ulama2 kerajaan pada masa kini.

Mungkin dari situ konflik yang remeh ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Boleh dijadikan rujukan bagi generasi2 yang mendatang. Okay tak?

Hehe.. 

Kbai. 

Rujukan : sini