Bapa Kandung Kepada Remaja OKU Firdaus Disahkan Telah Meninggal Dunia.

Dah meninggal dunia rupanya. Patutlah senyap jek. Rupa2nya dah takde kat dunia neh lagi dah. Hadoi. Ramai juga yang tertanya2 kenapa bapa kandung kepada si adik Firdaus tak muncul2kan diri di hospital. Ramai juga yang menyangka bapa kandungnya tak bertanggungjawab.

Rupa2nya macam mana nak bertanggungjawab?

Dah takde kat dunia neh lagi dah.

Baca ;



Dah meninggal dunia pada 2 tahun yang lepas. Itu pun hasil siasatan polis. Nampaknya ibu Lola yang ditahan reman pun tatau nak menjejaki bapa kandung kepada anaknya itu pasal polis yang kena jejak. Berdasarkan no MYCARD, tahu2 aje dah meninggal dunia bila JPN buat semakan.

Kahwinnya pun sekejap aje. Lepas Firdaus berusia setahun mereka bercerai. Masa itulah si ibu Lola jaga anak dia sorang diri. Dari kecil sampai ke besar.

Takde sokongan dari keluarga. Takde bantuan kewangan. Dan takde apa2 yang memudahkan urusan untuk menjaga anak dia membuatkan dia semakin stress gamaknya.

Apa pun aku bukan nak halalkan tindakan ibu Lola tinggalkan anak OKU dia sedemikian rupa. Tindakan ibu Lola pada aku memang tak betul. Di ukur dari sebab mana pun memang tak betul. Melainkan si ibu Lola sendiri alami masalah sakit jiwa. Yang tue boleh diterima pakai kenapa dia tergamak tinggalkan anak dia sendiri.

Tapi mungkin masyarakat boleh mengulas dari sudut perspektif yang lain pula. Yang dah terjadi tu dah terjadi la. Sekarang apa tindakan kita selepas kejadian. Apa peranan kita selepas kejadian. Takan nak salahkan ibu Lola semata2 dan sampai bila2? Mesti ada tindakan susulan untuk mengatasi perkara2 macam tue dari berulang lagi di kemudian hari bukan?

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »