t>

Breaking News

Keyboard Warrior Yang Kutuk Ibu Remaja OKU Kena Hentam KAW2. - Penjelasan Dari Keyboard Warrior.

Pagi tadi aku dapat benda neh kat wassap. Kawan bagi. Aku baca punya baca punya baca dan akhirnya aku berfikir. Bagus budak neh bagus. Bagus sangat sebab nak hentikan cercaan masyarakat terhadap ibu kandung kepada adik remaja OKU Firdaus.

Tapi dalam bagus2 itu pun merepek juga dia neh. 

Haha.. 

Baca jap ;

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri,Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..


Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..


Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....


Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.


Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...


~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.


Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.


Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.


Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.


~~~~~


Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja dengan Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga. Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik Firdaus. 


Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... 

Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~


Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.


Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...


###########


Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :


1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.


2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.


3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.


4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama "" Tak rugi pun kita, lagi untung ada ""


5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.


Walahualam.


Sekian,


Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas""

Sungguh pun hujah2 dia banyak yang tak betul tapi dia ada point.

Rumah dalam keadaan uzur. Itu betul. Tapi itu tak bermaksud ibu Lola tinggal disitu.

Lihat ;


Aku tak pasti ibu Lola tinggal kat mana. Tapi inila gambaran dalam rumah tersebut. Dalam video hanya ditunjukkan keadaan dalam bilik yang kotor semata2. Lihat disini.

Nampak tak bekas polistren?
Nampak tak bekas air?
Mungkin dari situ adik OKU Firdaus makan dan minum selama berbulan2. Selama berbulan2 adik Firdaus tidak mendapatkan penjagaan yang sepatutnya. Bukan rekaan aku. Tetapi inila kesimpulan yang dibuat oleh pihak hospital yang merawat adik OKU tersebut.

Lihat ;


Suka atau tidak memang secara hakikatnya adik OKU ini dizalimi oleh ibu dia sedikit sebanyak. Takde apa2 hujah yang boleh membenarkan tindakan ibu dia terhadap adik Firdaus. Takde duit sekalipun takan tak boleh sediakan baju bersih dan potong rambut?

Paling2 kurang mandikan dan sikatkan rambut anak.

Kalau terdesak sangat. Itu FB ada. Luahkan semuanya disitu. Nanti tahu la orang2 macam aku hangatkan topic. 

Aku pun pernah la. Mak aku ibu tunggal. Hidup di KL dengan gaji rm600.00. Dari aku kecik sampai besar tak pernah lagi la dalam hidup aku mak aku pakaikan aku baju koyak rabak macam tue. Tak pernah.

Mak aku selalu tak makan kat rumah. Ini kisah benar. Aku rasa dia tak boleh nak makan kat rumah sebab anak2 berebutkan makanan. Makanan yang ada hanya cukup untuk anak2 dia. So mak aku survive dengan makan kat kantin tempat dia kerja sebab kantin ada sediakan kupon. Dan dia juga selalunya akan bawa balik makanan kat kantin tue ke rumah. Itu cara mak aku.

Aku tengok mak aku sendiri sebagai contoh. Bukan nya aku tak hidup dalam keadaan yang serba susah dan daif dulu.Tapi aku faham juga. Penjagaan anak OKU bukan mudah. Aku ada kawan2 yang memang mempunyai anak atau adik2 OKU. Memang susah nak jaga sebab budak2 neh ada ragamnya tersendiri. Anak sedara aku sendiri pun ada yang OKU. Jadi aku faham kadang2 ibu bapa ataupun penjaga akan merasa tension melayan karenah anak2 istimewa ini. Bila mereka sakit, bila mereka demam, bila mereka perlu makan ubat, bila mereka marah, itu semua bukan kerja mudah nak tanggani tahu. Anak2 ini tidak boleh bercakap dengan sempurna. Jadi bila mereka berkehendakkan sesuatu, macam kuiz pula kita nak main teka2 apa budak neh nak ek. Memang rumit. Betul aku cakap.

Sebab itu jika ibu Lola tidak mendapat bantuan kewangan, tidak pula mendapat sokongan kaum keluarga, tidak pula mendapat perhatian dari jiran tetangga dan masyarakat, ibu Lola mungkin stress, down dan akhirnya berputus asa. Lantak la apa nak jadi pun jadi la.

Kewangan yang kukuh adalah asas kepada kekuatan untuk menjaga anak2 OKU ini. Bukan murah kos penjagaan anak2 OKU.

Yang boleh berjalan dengan yang tak boleh berjalan berbeza. Yang ada masalah otak dengan yang tiada masalah otak pun berbeza.

Ada setengah kanak2, dia OKU. Tetapi otak dia berfungsi dengan normal. Cuma dia memerlukan bantuan untuk bergerak.

Ada sesetengah kanak2 pula dia OKU yang melibatkan otak. Yang ini kalau dia boleh berjalan, bergerak, Alhamdullilah. Kalau jenis yang tak boleh berjalan, yang jenis taknak bercakap, tuhan aje yang tahu.

Itu tak masuk lagi dengan sentimen masyarakat yang suka ejek2. Kat tv selalu ada. Semua benda pun nak ejek2. Bila dia marahkan orang jahat, dia cakap orang tue cacat otak. Buat aksi lagi. Bayangkan kalau ibu Lola tengok tv dan terkesan dengan quote itu. Menjadikan kecacatan orang sebagai bahan lawak, eh, lawak ke?

Lawak ke ejek orang OKU?
Lawak ke ejek orang gemuk?
Lawak ke ejek orang pendek?
Lawak ke ejek orang hitam?
Lawak ke ejek orang hidung besar or pesek?
Lawak ke ejek orang telinga capang atau dahi jendul?
Lawak ke ejek orang bibir sumbing or gigi jongang?
Lawak ke ejek orang mata juling atau tahi lalat besar?

Lawak ke benda macam tue? Masyarakat rasa lawak. Tapi orang2 lain yang terkesan dengan quote tue akan rasa lawak tak?

Rasa nak gelak ke bila orang ejek, persendakan kekurangan diri kita ataupun anak2 kita?

Perkara itu berlaku sebab masyarakat mendorong ke arah itu. Jadi perlunya orang2 lain tampil memberikan kesedaran untuk mengubah mentaliti masyarakat. Kekurangan mana2 pihak bukan bahan untuk dijadikan lawak. Quote2 yang menggunakan kekurangan diri manusia bukan lawak tapi penghinaan.

Kat sini ada dua.

Satu, sikap ibu Lola sendiri yang membiakkan masalah.
Kedua, keadaan persekitaran yang membuatkan ibu Lola bertindak sedemikian rupa.

Jika ibu Lola ditekan dengan keadaan persekitaran yang tak membantu, dia rasa tertindas dan dianiaya, dia tidak patut melakukan apa yang orang buat dekat dia, dia buat dekat anak dia pula.

Persekitaran memang bermasalah. Diakui. Sebab itu diri kita tidak boleh menambahkan masalah dengan meniru perangai persekitaran tadinya tue. Cuma kat sini kita kena faham. Ibu Lola telah pun ditahan reman untuk siasatan. Sampai bila maki hamun nak berterusan. Sementara dia dalam siasatan, maka kita yang diluar2 ini berhentila maki hamun dia. Baikla kita gesa kerajaan untuk lebih prihatin dengan keperluan anak2 OKU ini. Kurang2 kita boleh menjadi pemangkin kepada suara ibu bapa yang mempunyai anak2 OKU. Ini la masa terbaik untuk timbulkan kesedaran bagi mengatasi permasalahan2 yang seringkali dihadapi oleh mereka2 yang menjaga anak2 OKU.

Jika manusia semakin lama semakin canggih berteknologi, anak2 OKU pun macam itu juga.
Jika dulu tiada alatan2 yang boleh digunakan untuk mendidik anak2 OKU itu, untuk membantu mereka untuk hidup lebih faham, memahami persekitaran dengan lebih baik, tetapi sekarang sudah ada. Sejauh mana kerajaan kita mengoptimumkan teknologi2 yang ada di luar sana yang khusus untuk membantu golongan OKU diamalkan di negara ini?

Aku taknak cakap kerajaan neh teruk sangat dalam melayani anak2 OKU. Sebab aku ada kenal mereka2 yang dibantu kerajaan walaupun OKU. Tapi aku juga ada kenal. Mereka2 yang OKU tetapi dipinggirkan. Jadi, benda baik itu baikla. Yang dah betul tue kekalkan. Manakala yang tak betul pula, kita perbaiki. Itu sahaja.