Kenali Uyghur Dan Larangan Berpuasa Ke Atas Mereka Oleh Kerajaan China Adalah Benar..



Jadi berita yang tersebar sebelum ini adalah benar? Aku ada try google. Tapi belum berhasil menjumpakan penulisan2 yang berkredibel untuk aku jadikan rujukan sangat. Bukan apa. Teruk juga dorang mengatakan KERAJAAN CHINA difitnah kononnya. China siap buat PC menafikan laporan tersebut. Tapi aku masih dalam mode was2 dan lebih selesa memilih untuk berdiam diri sebab kisah berkenaan puasa itu membabitkan etnik UGHYUR. Etnik yang kita tahu telah ditindas oleh CHINA sejak bertahun2 lamanya. China menindas ETNIK tersebut atas alasan ;

1. Perbezaan BANGSA

2. Perbezaan AGAMA

DOUBLE PENINDASAN disebabkan DOUBLE PERBEZAAN.

Satu lagi. Etnik UGHYUR ini mereka kan selama ini bertahun2 berjuang untuk MEMBEBASKAN DIRI DARI ANCAMAN PENJAJAHAN oleh KOMUNIS CHINA. Ramai yang tidak tahu bahawa UGYHUR ialah BANGSA yang TERJAJAH oleh KOMUNIS CHINA sehingga ke hari ini.

Uyghur neh majoritinya menganuti agama Islam sampai ke hari ini. Dan kumpulan pembebasan (pro kemerdekaan) etnik uyghur telah dilabelkan sebagai PENGGANAS oleh kerajaan KOMUNIS CHINA atas sebab mereka menuntut beberapa perkara ;

1. HAK ASASI

2. KEBEBASAN BERSUARA, BERAGAMA DAN BERBUDAYA

3. KEMERDEKAAN (pejuang kemerdekaan etnik UYHGUR)

Kadang2 aku rasa macam FISHY juga. Betul kah mereka2 ini terlibat dalam beberapa siri serangan bom di CHINA ataupun itu ialah PROPAGANDA CHINA untuk halalkan penindasan ke atas saudara seagama kita di sana? Penjajahan kalau berlaku secara aman dan tanpa penindasan orang mungkin terima. Tapi kalau menjajah dan melakukan penindasan ke atas pihak yang terjajah itu adalah KEZALIMAN.

Renung2kan dan cuba baca serba sedikit info yang dicoretkan oleh rakan facebook Ali Abu kat bawah neh. Larangan berpuasa itu ada atas alasan menjaga prestasi kerja tapi seriously la, itu adalah BULLSHIT semata2.

Baca ;

Benarkah Kjaan Komunis China ban muslim drpd berpuasa?

Di China terdapat 2 kaum terbesar yg menganut agamo Islam iaitu kaum Hui dan kaum Uighur. Di China, kaum yg membentuk identiti kenegaraan di republik tersebut ialah kaum Han. Bahasa Mandarin yg datang drpd kaum Han menjadi bahasa kebangsaan negara China. Zaman dulu semaso era Laksamana Cheng Ho, ribuan kaum Han menganut Islam dan mrk-mrk ini mendapat perlindungan drpd Maharaja Cina ketiko itu. Bilo org Han menganut agamo Islam, mrk dilabel sbg org Hui. Perlabelan itu kekal sehinggo sekarang. Makno ey disini org Han dan Hui berkongsi bahaso dan budayo tetapi tidak pado agamo.

Ringkas story, org Han dan Hui ni mmg adik-beradik drpd segi pertalian darah cumo krn bilo ado org Han menganut Islam mako mrk menjadi org Hui. Jadi jgn heran bilo ke Beijing kalau anda bersolat di dlm masjid yg berbentuk Pagoda. Bangunan berbentuk Pagoda ni sinonim dgn kuil bagi org kito tetapi rumah ibadat di China boleh jadi kuil, juga boleh jadi masjid krn org Hui dan org Han berkongsi kebudayaan & arkitek binaan bangunan yg samo.

Manokalo org muslim Uighur tidak berkongsi citarasa yg samo dgn kaum Han. Org Uighur tidak bermato sepet mcm org Han. Wajah org Uighur sejibik mcm muko org putih. Bahaso dan budayo org Uighur samo sekali tak samo dgn org Han. Malah mrk adolah bangso yg dijajah oleh Republik China yg berfahaman komunis secaro rasmi pado tahun 1949. Oleh krn itu sebagai kaum yg terjajah, layanan kjaan China yg majoritinya dtg drpd kaum Han adolah tidak sebaik seperti mano mrk melayan kaum Hui. Den tahu org Uighur tidak dibenarkan menjalani ibadah puaso ni sejak tahun 2005 lagi. Itu pun secaro tak sengajo terlihat sebuah majalah kek kodai majalah.

Setakat utk hari ini, den pecayo kjaan China membenarkan kaum Hui utk menjalani ibadah berpuaso seperti biaso tetapi tidak kpd kaum Uighur. Ini berdasarkan maklumat-maklumat yg den pecayo betul. Jadi kalau tgk gambar propaganda bazar ramadhan di China mako tgk lah org yg berurusniago di bazar tersebut. Tentulah bermato sepet mako itu adolah org Hui. Hui adolah kaum muslim yg dibenarkan berpuaso. Tapi korang ponah tgk bazar ramadhan kaum Uighur di Xinjiang? Kau bukak bazar kek Urumqi, esok pagi konfem kau kono lokap. Itu psl takdo gmbr bai. Sbb bazar pun takdo.

Ok la korang tak pecayo dgn media barat tapi cubo baco media Arab. Agensi berita Al Arabiya melaporkan pado 2 Julai lalu, bhw terdapat perintah drpd Kjaan Komunis China melarang kakitangan kjaan, guru dan pelajar yg beragamo Islam di Xinjiang drpd menjalani ibadah puaso. Arahan larangan berpuaso itu juga valid kpd kakitangan kjaan yg sudah pun bersara. Ado kakitangan kjaan yg berpakaian tradisional Uighur sanggup tangkap gmbr berselfie utk tunjuk bukti diorg sdg makan di siang hari bulan puaso. Ado jugo laporan mengatakan bhw org Uighur bukan setakat dilarang berpuaso tetapi dilarang jugak drpd menyertai aktiviti keagamaan yg lain di bulan ramadhan ini. Den agak diorg dilarang solat terawih mungkin. Larangan berpuaso ini dikeluarkan oleh Kjaan Komunis China atas alasan nak menjago kesihatan para pekerjanya. Bapak tak munasabah punyo alasan. Tapi alasan ni kiro ok lagi kalau nak dibandingkan dgn alasan yg dulu-dulu. Antaranya mrk berterus-terang bhw komunis mmg anti agamo.

Apo pun den suko nak petik petikan agensi berita AFP yg melaporkan kes ini pd awal ramadhan lalu kek sini :

=>On Monday, Chinese authorities reportedly encouraged Uighurs to eat free meals on Monday, and inspected homes to check if the fast was being observed, Dilxat Raxit, a spokesman for the exiled World Uyghur Congress, told AFP citing local sources. “China taking these kind of coercive measures, restricting the faith of Uighurs, will create more conflict,” he said. “We call on China to ensure religious freedom for Uighurs and stop political repression of Ramadan.” <=

Dan den jugak nak petik laporan The New York Times pado 7 Oktober 2013 yg lalu mengatakan :

"Many Uighurs are also convinced that Beijing is seeking to wipe out their language and culture through assimilation and education policies that favor Mandarin over Uighur in schools and government jobs. Civil servants can be fired for joining Friday afternoon prayer services, and Uighur college students say they are often required to eat lunch in school cafeterias during the holy month of Ramadan, when observant Muslims fast."

Samo ado korang nak pecayo atau tidak itu terpulang. Apo yg den tulis kek atas semuo ey berkaitan dgn era maso kini. Sekarang den nak bawak korang naik time machine utk mengimbau maso lampau Kjaan Komunis China dlm era Mao Zedong. Selepas kegagalan apo yg dikatakan sbg "The Great Leap Forward"(TGLF) yg diimplimentasikan pd tahun 1958-1961, Mao melancarkan Revolusi Budaya (RB). Tujuan RB dilancarkan sebenarnya nak tutup malu atas kegagalan TGLF. Nak tutup malu kegagalan Mao. Gilo kau ini bukan gagal biaso tetapi gagal yg luar biaso. Bayangkan plan TGLF yg berjalan selamo 4 tahun telah mengakibatkan 45 juta rakyat China mati kebuluran. Mako Mao Zedong melancarkan RB dgn bersungguh-sungguh.

RB telah berjayo melahirkan jutaan para pemuda dan pemudi yg taksub dan fanatik terhadap Mao. Buku merah dilancarkan dan buku merah ini digenggam oleh para pemuda pemudi ini bagaikan kitab Al-Quran. Era RB amat menakutkan kpd mrk yg beretnik minoriti dan mrk yg beragamo di Republik China. Agamo tidak relevan dlm plan RB. Semuo agamo dan etnik tidak kira Buddha, Islam, Kristian Tibet, Uighur, Hui dan lain-lain etnik menyimpan kisah-kisah sedih semaso era RB. Era RB berjalan selamo sedekad bermulo pd tahun 1966 sehinggolah Mao Zedong mati pd tahun 1976. 

Semaso era RB ini kitab Al-Quran kepunyaan kaum Uighur di Xinjiang telah dibakar dan baju para imam masjid telah dilumur dgn cat lalu diarak dihadapan org ramai utk dimalukan. Era ini juga menyaksikan 6000 biara kaum Tibet telah dihancurkan. Kaum Hui (kaum Han yg beragamo Islam) yg mendapat layanan baik zaman ini tetapi pd era RB mrk mendapat layanan yg amat buruk sekali. Di era RB ini Tentera China yg dikenali sbg People's Liberation Army telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai (massacre) terhadap org Hui pado Julai 1975 di Pekan Shadian yg terletak di Yunan Province. Seramai 1600 org-org Hui telah dibunuh mati dlm insiden yg dikenali sbg Insiden Shadian. Org-org Hui ini mati krn hanyo membantah pembakaran kitab-kitab suci Al-Quran dan penutupan masjid-masjid mrk.

Dikatakan pd era RB ini 100 juta rakyat China menderita dan 20 juta yg lain mati. Apobilo Mao Zedong mati mako secara automatiknya era RB berakhir. Walaupun pemimpin baru mengambil alih tampuk pemerintahan Mao, ketakutan di zaman era RB masih kekal disanubari sehingga kini oleh etnik-etnik minoriti dan org-org yg mahu beragamo terutamo agamo Islam yg dianuti oleh kaum Hui dan kaum Uighur. Itu psl jgn heran kalau korang ado dgr cerita org Hui atau org Uighur yg bersolat, membaco Al-Quran dan berpuaso secaro sembunyi-sembunyi. Cumo sekarang kaum Hui bernasib baik krn bebas mengamalkan ibadah yg terdapat dlm agamo Islam. Tetapi tekanan masih terus dikonokan terhadap kaum Uighur di Xinjiang. 

Kaum Uighur masih tidak bebas utk beragamo mcm kaum Hui. Bukan setakat kaum Uighur, kaum Tibet yg beragamo Buddha juga tidak bebas mengamalkan kepercayaan mrk sampai ke hari ini. Mrk yg Kristian juga mengalami nasib yg samo. Kebebasan beragamo utk seluruh rakyat China secara amnya disekat. Ini terjadi gara-gara Revolusi Budaya tajaan Mao Zedong. Dicadangkan supayo negara-negara Islam di dlm OIC bersatu memboikot Kjaan Komunis China, semoga dgn tekanan itu nasib saudara seagamo kito di Xinjiang terbela. Dan bawa juga hal ini ke United Nation utk pembelaan hak-hak kebebasan beragamo bagi minoriti-minoriti lain di China.

Share this :

Previous
Next Post »