t>

Breaking News

Pengakuan Rakyat Israel Mengenai Pembunuhan Beramai2 Rakyat Palestine 1948 Yang Anda Mesti Tonton.


Korang tahu apa itu perang Al-Nakba? Ramai yang kurang jelas apa itu perang Nakba yang berlaku di antara Palestine dan Israel yang tercetus pada tahun 1948. Peperangan Nakba ialah peperangan pertama yang berlaku di antara dunia arab dengan israel secara rasminya.

Peperangan nakba berlangsung selama setahun lebih lamanya dengan kemenangan diraih oleh israel. Peperangan Suez pada tahun 1956, peperangan arab-israel sekali lagi pada tahun 1967 dan 1973 dan berakhir dengan peperangan Lubnan pada tahun 1982.

Peperangan Nakba berlaku merujuk kepada keputusan PBB pada tahun 1947 yang menyaksikan Palestine berpecah kepada 2 bahagian dimana 55% dari kota itu termasuklah Jerusalem jatuh ke tangan israel manakala bakinya pula kekal di pihak penduduk asal Palestine. Atas alasan ini ISRAEL menggunakan kekuatannya untuk menghalau penduduk asal PALESTINE ke GAZA.

Bagi israel, peperangan NAKBA ialah peperangan suci bagi kepercayaan ZIONISME mereka. Agenda pembentukkan negara ZIONISME ISRAEL tidak hanya bermula pada tahun 1948 bahkan sebelum itu lagi. Ketika zaman Turki Uthamniyah masih tegak berdiri di dunia ini. ZIONIS sudah beberapa kali berjumpa dengan beberapa sultan dari pemerintahan TURKI ketika itu untuk mendapatkan tanah suci PALESTINE bagi mendirikan NEGARA mereka namun permintaan tersebut itu ditolak mentah2.

ZIONIS kemudiannya membuat rancangan dengan BRITISH dan USA ketika itu yang menjadi KUASA BESAR di BLOCK BARAT yang menakluki dunia arab. British la yang berjanji akan menyerahkan tanah PALESTINE kepada ZIONIS meskipun BRITISH bukan la yang berhak untuk memutuskan perkara tersebut (yakni pemilik kepada wilayah itu, bahkan hanya penjajah sementara akibat TURKI yang kalah PEPERANGAN). Alat mereka ketika itu ialah PBB dan beberapa siri perjanjian damai (kononnya). ZIONISME memang dah lama aim PALESTINE. Sebab itu dari tahun 1900 daripada 5% orang YAHUDI ZIONIS yang menduduki PALESTINE kehadiran mereka bertambah kepada 31% banyaknya. Dan, satu lagi ketika 5% yang menduduki kota PALESTINE mereka tak claim mereka YAHUDI ZIONISME tau. Mereka menyamar sebagai PENGANUT KRISTIAN, YAHUDI pengikut MUSA ataupun PENGANUT ISLAM. Senang cakap berpura2. Bahkan siap tukar nama lagi. Untuk memastikan tiada sesiapa yang mengetahui bahawa mereka ada rancangan besar iaitu pembentukkan negara ZIONISME di PALESTINE.

Tindakan mereka terancang dan tersusun. Yang membuatkan aku tertanya2 sampai sekarang. Apa yang mengikat kuasa2 besar seperti USA dan BRITISH ketika itu untuk tunduk kepada RANCANGAN ZIONIS? Tak cukup kot dengan sekadar hujah ZIONIS berjanji akan runtuhkan kerajaan ISLAM Uthmaniyah. Aku rasa ada perkara lain neh.

Okey, bersambung.

Peperangan NAKBA menyaksikan ;

1. Ribuan kanak2 Palestine dibunuh dengan begitu kejam.

2. Ribuan wanita menjadi mangsa kekejaman, ada yang dibunuh, ada yang dirogol dan pelbagai lagi kekejaman yang tidak dapat tergambarkan.

3. Orang tua, lelaki ada yang turut disembelih hidup2 oleh askar israel atas nama 'memberikan pengajaran' dan 'mendorong rasa takut' agar arab tidak melawan dan tidak menentang pengusiran.

Sebenarnya. Aku baru tahu. Bila tengok pengakuan rakyat israel mengenai kekejaman yang mereka lakukan ketika peperangan Nakba. Beberapa pendedahan dia yang buat aku rasa sayu.

- Rakyat Palestine tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan. Tidak ada. Tidak, waima pistol sekalipun. Tidak ada. Kenapa? Kerana mereka tidak menjangkakan peperangan dan konflik akan berlaku untuk mengusir kehadiran mereka.

- Rakyat Palestine juga tidak dilengkapi dengan latihan ketenteraan langsung. Mereka tiada base latihan untuk berperang dan tidak tersusun. Dalam erti kata lain, mereka tidak menjangkakan akan menghadapi peperangan yang bakal mengorbankan ribuan nyawa anak bangsa mereka ketika itu.

- Tiada mana2 wilayah arab yang melawan secara keras pencerobohan askar israel di penempatan mereka ketika itu. Tiada. Mereka dipindahkan dan mungkin ketika itu tidak menyangka bahawa mereka sebenarnya baru sahaja MENYERAHKAN TANAH MEREKA, NEGARA MEREKA, HAK MEREKA kepada israel tanpa melawan dan yang lebih teruk, rupa2ya takan mendapatkan kembali tanah yang telah mereka kehilangan suatu ketika dulu.

- Yang lebih menyedihkan, ada di antara wilayah2 ini sangat miskin keadaan penduduknya. Sangat daif. Makanan pun takde. Rumah yang selesa jauh sekali. Dengan keadaan yang miskin mana boleh mereka melawan mempertahankan tanahair yang ditakluki oleh israel. Jadi tak aneh juga kenapa israel boleh mengusir rakyat Palestine dengan mudah dan seterusnya memenangi peperangan tersebut pada tahun 1948 sehingga terbentuknya sebuah negara bernama ISRAEL.

- Israel juga sewenang2nya membunuh mana2 pihak yang melawan arahan mereka untuk berpindah ke GAZA. Dan jika ada mana2 arab yang datang kembali ke wilayah asal mereka secara sembunyik2, israel yang memang bersedia dan mengetahui akan perkara tersebut telah memilih untuk menembak mati mereka semua tanpa sebarang AMARAN DIKELUARKAN.

Menangis aku tengok luahan dia. Saudara kita di Palestine diseksa sedemikian rupa dan ada juga di antara kita TEGAR MENYURUH RAKYAT PALESTINE KELUAR DARI GAZA?

Memang komen tak pakai otak kerana tak melihat kepada faktor sejarah. Cubaan menyamakan apa yang berlaku di GAZA dengan hijrah Nabi SAW ialah perkara yang BODOH lagi membodohkan. Ya, HAMAS perlu meletak senjata. Ya, israel juga perlu meletak senjata. Mereka perlu hentikan peperangan in order untuk mencapai persefahaman walaupun total loss yang ditanggung oleh rakyat Palestine adalah perit dan tiada mana2 NILAI DI DUNIA INI yang boleh MEMBAYAR segala PENDERITAAN yang dialami oleh mereka.

Namun dalam waktu yang sama kita juga perlu bersikap adil. Lalu bagaimana untuk PALESTINE berlapang dada dengan israel apabila israel tidak pernah kenal ERTI PUAS dan BERTOLENRASI?

Tak guna sebelah pihak aje yang bertolenrasi.

Ia bukan HAMAS yang enggan mengalah. Ia adalah ISRAEL yang tidak mahu mengalah dari dulu sampai sekarang. 

Lihat video ini dan fikirkan jika kau ditempat mereka. Tergamak kah nak kata Palestine patut keluar dari GAZA?