Penjelasan Sebenar Wanita Non Muslim Berbaju Alfatihah - Betulkan Diri Kita Sebelum Betulkan Diri Orang.


Apa yang berlaku?

1. Sedang melawat muzium diraja. Lokasi ditemui, Malaysia.

2. Memakai baju bertulisan arab yang memaparkan ayat2 Alfatihah pada bajunya.

3. Wanita tersebut ialah pelancong asing.

4. Berasal dari Korea.

5. Bukan penganut islam.

6. Lokasi asal baju dibeli dari India.

7. Selepas melancong India datang melancong ke Korea.

8. Di Malaysia dia menerima kecaman bertubi2 oleh rakyat MUSLIM MALAYSIA yang over-reacted.

9. Wanita tersebut disiasat oleh polis kerana memakai baju tersebut.

10. Kenyataan POLIS ;


Pendapat aku?

1. Jangan siasat makcik itu. 

2. Hanya perlu huraikan kenapa pemakaian baju itu sensitif di Malaysia.

3. Jelaskan kepada dia apa maksud ayat2 pada baju yang dia pakai.

4. Minta dia jangan memakai baju itu lagi selama mana dia berada di Malaysia.

5. Boleh nasihatkan dia bakar baju tersebut tapi keputusan akhir adalah ditangannya kerana baju itu adalah miliknya dan dia punya pasal la nak buat apa2 pun dengan pakaian yang dia miliki.

6. Yang umat Islam Malaysia sensitif. Aku faham. Tapi aku tak suka kerana keterlaluan sangat reaksi yang ditunjukkan.

7. Menjadi tanggungjawab kita membetulkan perkara yang salah.

8. Menjadi juga tanggungjawab kita untuk mengambiltahu punca kenapa perkara itu berlaku.

9. Dan menjadi juga tanggungjawab kita untuk cermin diri berapa ramai artis2 Malaysia muslim melayu yang seksi2 nak MAMPOS tapi POLIS tak siasat dan amek tindakan pun.

Pakai baju bertulisan arab = kena siasat (kerana ayat Alfatihah). Aku boleh terima jika sebelum neh PDRM menyiasat juga artis2 wanita melayu muslim yang seksi bagai tak mencerminkan apa yang AJARAN AGAMA ISLAM seru.

Tapi. Aku juga reti malu dan reti sedar diri.

PDRM kita. JAKIM kita. Undang2 kita tak menghukum mana2 muslim yang sengaja memberikan gambaran/persepsi yang salah tentang agama kita. Maka sebarang tindakan, kritikan ataupun undang2 yang akan dibuat terhadap wanita itu aku takan setuju.

Betulkan diri kita sebelum kita betulkan orang lain. Ini yang aku pegang.

Okay.

Bai. 

Updated.

Yang sebenarnya. Menerusi laporan berita yang dipetik dari BERNAMA melaporkan yang baju tersebut dijual di JALAN MASJID INDIA dan dijual oleh orang MELAYU yang BERAGAMA ISLAM. Pihak penguatkuasa tempatan sudah merampas baju tersebut dan peniaga diberikan peringatan lebih prihatin dengan product2 jualannya agar tidak terjual product2 yang berunsurkan menghina Islam.

Share this :

Previous
Next Post »